LIFESTYLE By: SGMS Enal August 13, 2019 @ 12:18pm

Boleh Ke Panggil Isteri Dengan Gelaran Ummi, Ibu Atau Mama?

 Perkataan sayang, abang atau sebagainya yang digelar kepada pasangan bukan sahaja mengeratkan hubungan malah menambahkan rasa cinta.

Namun, timbulnya persoalan apabila terdapat sesetengah pasangan iaitu suami yang memanggil isterinya dengan gelaran seperti mama, ibu atau ummi. Perkara ini seakan sudah menjadi kebiasaan namun adakah di dalam Islam panggilan tersebut dibolehkan atau jatuh ke dalam hukum zihar?

Bagi merungkai persoalan tersebut, Pencetus Ummah Azman atau lebih dikenali sebagai PU Azman tampil menjawab dengan penjelasan seperti di bawah.

Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?

Apakah maksud zihar?

Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.

Contoh suami cakap kat isteri, “punggung awak sama macam punggung mak saya”.

Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. Hukumnya haram dan berdosa besar.

Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?

Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.

Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.

Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah panggilan kasih sayang.

Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang. Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.

Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.

Sumber : PU Azman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 1 Oct 2019

Minum Kopi Buat Ibu Mengandung Boleh Risiko Keguguran?

Sedikit perkongsian ya boleh dinikmati tetapi berpada-pada ye

LIFESTYLE Thu, 31 Oct 2019
Fab Foodies! Sat, 3 Feb 2018

【2018迎新春】雪隆6大酒楼新春套餐大比价

农历新年又要到咯!大家还在懊恼着今年跟家人的团圆饭、好朋友的聚餐,公司的收工酒要到哪里吃吗?“不用怕!xtra在大厅”就跟随小编一起「GoGo旺得福」到雪隆区6大酒楼吃新春套餐!

LIFESTYLE Wed, 14 Nov 2018

「凡事不要太追求」但你真的容易满足吗?

我们总劝自己要知足,不要太追求与计较,但你真的这么容易满足吗?今天就跟着奥斯老师一起来看看,你是个容易感到满足的人吗?

LIFESTYLE Tue, 16 Jul 2019

Kerana Orang Ketiga Punca Kes Cerai Beribu DiMalaysia

Antara penyebab cerai adalah tiada persefahaman antara pasangan, masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga termasuk mentua.

LIFESTYLE Sun, 16 Dec 2018

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit

LIFESTYLE Sat, 3 Nov 2018

Jangan Minum Sejuk Atau Makan Ais Krim Ketika Batuk?

Kenapa Orang Tua Selalu Pesan Jangan Minum Sejuk Atau Makan Ais Krim Ketika Batuk? Ini Jawapannya

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

“Jangan Terlalu “Show Off” Kebahagiaan Di Laman Sosial,”

“Jangan Terlalu “Show Off” Kebahagiaan Di Laman Sosial,” Kisah Keluarga Disihir Guna Gambar Yang Dimuatnaik Di Internet

LIFESTYLE Fri, 28 Sep 2018
Fab Foodies! Tue, 2 Jan 2018

THIS CAFE GIVES AWAY FREE CROISSANT WHEN YOU PURCHASE A CUP OF COFFEE

The answer to your new year freebies’ prayers is here!

| Live TV