Hiburan By: SGMS Putri August 26, 2019 @ 1:39pm

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob dianugerahkan Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 kategori kulinari anjuran Herald Global & ERTC Media diadakan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Acara berprestij peringkat antarabangsa buat pertama kalinya mengangkat bidang masakan sebagai penerima tertinggi.

”Pada awalnya, saya terkejut apabila menerima khabar ini apatah lagi diberitahu yang saya terpilih selepas beberapa kali melalui proses saringan bersama pencalonan 100 individu berpengaruh lain dari seluruh Asia.

“Kalau hendak diikutkan, ramai lagi individu lain yang lebih berpengalaman dan senior berbanding saya dalam bidang kulinari ini. Begitupun, saya anggap ia sebagai rezeki terbesar buat saya dan keluarga SukaSucre Bistro,” katanya.

Menurut Fazley, pemilihannya dimaklumkan oleh Penolong Pengurus Editorial Herald Global, Trishla Page yang berpengkalan di Mumbai, India bulan lalu.

Pada majlis sama, penyanyi popular, Sufian Suhaimi turut dipiiih sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi kategori Selebriti/Hiburan.

Majlis itu adalah komitmen Herald Global dan ERTC Media untuk menghargai pencapaian setiap individu merangkumi pelbagai bidang.

Anugerah itu diadakan bertujuan untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir populariti dalam industri keusahawanan, pembuatan dan rekaan.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif juga merangkap Ketua Editor Herald Global, Saimik Sen.

 

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Hiburan Mon, 28 May 2018

Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting Habis Ayah Yuna, Cayalah!

bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan mendendangkan 2 buah lagu di majlis perkahwinannya

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sebelum Bersara, Jatt Ali Teringin Nak…

Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah…

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Rizman & Ida Suraya!

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Sun, 25 Mar 2018

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat

| Live TV