TECH By: SGMS Enal August 24, 2019 @ 11:54am

Gunakan Emoji Didalam MacOS

Di dalam peranti-peranti pintar Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch, anda mungkin sering menggunakan emoji ketika berbalas mesej menerusi aplikasi seperti iMessage dan lain-lain.

Tetapi untuk macOS pula, anda mungkin jarang menggunakannya sebab pilihan karakter emoji atau simbol ini tidak dipaparkan sepertimana pada peranti pintar.

Dalam kemaskini terbaru untuk peranti iOS 12.1, Apple Watch dan macOS 10.14.1 mengandungi sebanyak 158 rekaan terbaru karakter emoji. Jadi, apa kata anda cuba menggunakannya.

Untuk mengaktifkan emoji di macOS, anda perlu tekan butang kekunci Control–Command–Space bar serentak.

Atau aktifkan dulu aplikasi yang hendak diguna sebagai contoh aplikasi WhatsApp untuk Mac dan barulah tekan kekunci tadi.

Kemudian akan keluarlah tetingkap seperti paparan di bawah.

Kemudian anda bolehlah klik 2x butang kiri tetikus bagi memasukkan karakter emoji, simbol dan accents pada ruang teks aplikasi mesej tersebut.

Untuk pengetahuan anda, rekaan karakter emoji yang di hantar menerusi Mac, peranti iOS atau Apple Watch akan menjadi berbeza sekiranya anda menghantarnya menerusi aplikasi atau kepada peranti yang berbeza jenama.

Maksudnya rekaan grafik emoji adalah berbeza mengikut jenis peranti, sistem operasi atau aplikasi yang digunakan oleh penghantar atau penerima mesej. Malah mungkin karakter emoji tersebut tak terpapar langsung sebab ia tidak menyokong karakter emoji tersebut.

Emoji untuk aplikasi Messages di dalam macOS pula adalah lebih mudah diakses iaitu dengan hanya klik pada ikon Smiley Faceyang terdapat pada aplikasi tersebut seperti yang dipaparkan pada rajah di bawah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 25 Aug 2018

Cara Mendapatkan Centang Biru Verified di Akaun Instagram

Tahukah pengguna yang ingin mendapatkan verified dari Instagram. Bagaimana caranya?

Automobile Wed, 17 Jan 2018

Samsung Galaxy A8/A8+ 正式发布 预购可获RM417礼品

Samsung 首款中端全面屏手机正式发布! Samsung Galaxy A8 和 A8+ 拥有前置双摄,加上支持 IP68 防尘防水标准,开价 RM 1,799 起!挑战竞争激烈的中端智能手机市场!

TECH Tue, 25 Sep 2018

Cara Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Kepada anda yang ingin membuat suntingan lagu jenis MP3, berikut kami kongsikan salah satu cara mudah.

TECH Fri, 22 Nov 2019

Cara Mengubah Warna Latar Belakang Gambar Kepada Putih

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Tue, 4 Sep 2018

IG版面泄露你的隐藏性格!使用「这种色调」忧郁指数最高

IG时代不光是照片要好看,连版面也要干净整洁,你的版面是哪种呢?其实你选择的色调,能够看出隐藏的性格。

TECH Thu, 5 Jul 2018

Pirate Bay Guna CPU Anda Untuk Melombong Mata Wang Kripto

Sekitar Oktober tahun lalu kita dikejutkan dengan isu Pirate bay yang mengeksploitasi CPU pengguna untuk melombong mata wang kripto. Terdapat perdebatan mengenai perkara ini dimana satu pihak menentang keras perlakuan itu dan disebelah pihak lagi […]

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tips Jimat Ruang Pada Gajet

Cara-cara untuk menjimatkan ruang pada smartphone atau gadget anda.

TECH Mon, 2 Jul 2018

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

HMD Global sebelum ini sudah beberapa kali memberi jaminan bahawa semua peranti Nokia keluaran mereka akan menikmati kemaskini sistem Android terbaru dari Google iaitu Android P. Sehubungan dengan itu, menurut laporan terkini daripada laman sesawang nokiapoweruser.com, kemaskini tersebut mungkin akan […]

| Live TV