Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2019 @ 3:42pm

Lepas ‘Bobo Di Mana’, Aliff Syukri Keluar ‘Cowok Baru’ Pula!

Daripada sekadar hobi yang gemar menyanyi di laman sosial Instagram rasminya @aliffsyukriterlajaklaris, kini hobinya bertukar menjadi realiti iaitu layak bergelar sebagai seorang penyanyi kerana telah menghasilkan beberapa buah lagu yang menjadi siulan ramai serta trending di YouTube seperti lagu Abang Nak Tegur’, ‘Bobo Di Mana’, Agama Kedamaian, dan ‘Jom Raya’. Kini Dato’ Sri Aliff Syukri kembali tambil lebih berani dengan lagu Cowok Baru. Setiap lagu yang dihasilkan adalah sepenuhnya daripada Dato’ Sri Aliff Syukri.

Penggambaran video klip rasmi lagu ini telah dijalankan di bandaraya Jakarta, Indonesia. Lebih menarik lagi konsep video klip rasmi ini telah diarahkan sendiri oleh Dato Sri Aliff Syukri dan pasukannya.

Dato’ Sri Aliff Syukri berada di Jakarta selama seminggu dengan membawa pasukannya dari Malaysia untuk menjalani proses rakaman dan penggambaran di sini. Pelbagai kesukaran yang telah diharungi dan dihadapi sepanjang proses ini dan akhirnya lagu ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang singkat dan ditetapkan.

Dibawah DATU Entertainment, lagu “COWOK BARU” ini turut bakal dipasarkan dan diperdengarkan ke pasaran Indonesia yang menantikan kemunculan Dato’ Sri Aliff Syukri bersama Lucinta Luna dan Upiak dengan lagu single ini.

DATU Entertainment yang sebelum ini pernah menembusi pasaran Indonesia menerusi lagu “Siti Bilang Cuti” telah menggunakan kepakaran yang ada bagi bersama menjayakan single “COWOK BARU” ini.

Selepas pelancaran lagu “COWOK BARU” ini, pihak DATU Entertainment telah membuat perancangan untuk memasarkan lagu ini sehingga ke 50 stesen radio di Indonesia dan pada masa yang sama akan mengadakan pelancaran lagu ini di Jakarta, Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

siapa dah dengar plzz komen jujurr??????????Syukur alhamdulillah lagu ni dari release baru jee dah view melambung… di YouTube #cowokbaru kalau korang nak tengok fon video pergi cepat light light-light terima kasih kerana sokong yanyiaan bag dan futiring @lucintaluna dan @upiak_isil_official.. Disebabkan sambutan yang luarbiasa abang nak kasi hadiah bercutian free .. tag sebayak yg mungkin korang di ig ni… di ruangan komen di bawah yg tak zabarr tunggu lagu ni #cowokbaru ??? 2-3 org yg bertuah yg join contest paling byk tag akan memenangi percutian di @sugeh.resort selama 3 hari 2 malam secara free…… pemenang saya akan maklumkan jumaat ini… dan sy akan posting di ig sy…Jangan lupa yaaa lagu ni akan boleh didengari Di semua platform digital YouTube tv Telajak laris??? @jumaahelail @tjdntrmn @amnanazimi @_paanla @joker_irwan

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Lagu “COWOK BARU” boleh didengarkan menerusi platform Digital Streaming seperti Youtube, Spotify, Apple Music, ITune, Joox dan Kkbox bermula pada 21 Ogos 2019 serta disediakan juga muat turun nada dering menerusi syarikat-syarikat komunikasi tempatan seperti Digi, Maxis, Celcom dan UMobile.

Oleh Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Hiburan Mon, 28 Oct 2019
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Bila Jenayah Ibarat Silang Kata Di Fikiran… Saksikan JIBRIL Bermula Malam Ini!

Drama Jibril mengisahkan seorang peguam tampan bernama Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa dan berkebolehan melakukan kesimpulan. Rugi kalau korang tak tengok tau!

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Sweet! A. Aida Dilamar Pelakon Muda

Majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di rumah percutian di Janda Baik, Pahang pada pada 20 April tahun depan sempena tarikh hari lahir A. Aida.

Events Tue, 2 Oct 2018

| Live TV