Contest By: Attiqah Mohd August 17, 2019 @ 8:30am

Pengunjung Bertuah Karnival Jom Heboh Bawa Pulang Kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star

Buat julung kalinya Karnival Jom Heboh menyediakan sebuah kereta sebagai hadiah utama untuk para pengunjung bertuah. Tarikan terbaharu di lokasi kedua karnival Jom Heboh di Angsana Johor Bahru pada 26 dan 27 Julai lalu adalah sebuah Nissan Serena 2.0L Highway Star yang menjadi rebutan 500,000 orang pengunjung!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,  “Ini merupakan kali pertama kami menghadiahkan sebuah kereta kepada para pengunjung Karnival Jom Heboh. Ini juga merupakan salah satu cara kami menghargai kehadiran mereka yang sentiasa memeriahkan karnival kami tanpa kenal panas dan hujan. Di Johor Bahru ini, pemenang bertuah adalah Encik Ungku Mohd Fais @ Salim Bin Ungku Ahmad (42 Tahun) dan berjaya membawa pulang sebuah Nissan Serena 2.0L Highway Star sebagai tambahan dalam koleksi kenderaan peribadinya. Tahniah kami ucapkan. Seterusnya, kami akan mencari pemenang bertuah dari Kota Kinabalu pula. Oleh itu, warga Sabah, jangan lupa hadirkan diri ke Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 7 dan 8 September nanti.”

Setiap pengunjung Karnival Jom Heboh berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah itu hanya dengan mengikut beberapa langakah mudah seperti berikut: 

  1. Para pengunjung Karnival Jom Heboh harus mendapatkan pasport (borang  peraduan) di kaunter Jom Menang Kereta atau daripada ejen-ejen penganjur yang berada di tapak Karnival Jom Heboh
  2. Beli belah di 10 buah gerai terpilih untuk mendapatkan cop dari gerai tersebut
  3. Setelah mengumpul 10 cop dari mana-mana gerai terpilih itu, para pengunjung harus menyerahkan pasport mereka di kaunter Jom Menang Kereta untuk pengesahan dan pendaftaran peraduan
  4. Para pengunjung hendaklah memuat turun aplikasi tonton
  5. Jawab dua soalan mudah melalui laman sesawang xtra dan hantarkan penyertaan melalui atas talian di kaunter Jom Menang Kereta yang berada di tapak Karnival Jom Heboh

Para peminat Karnival Jom Heboh masih berpeluang untuk memenangi kereta ini di lokasi seterusnya iaitu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 dan 8 September kelak. Yang pastinya para pengunjung berpeluang untuk meluangkan masa di gerai-gerai Studio A, Studio B, dan MGO Arked.

Studio A merupakan gabungan gerai-gerai KJH yang terdahulu seperti Inspirasi, Raudah dan Cereka bagi memeriahkan lagi suasana Karnival Jom Heboh yang dikendalikan oleh Zee Zainal dan Acap Jamaludin. Aktivitinya merangkumi aktiviti pentas dan ramah mesra bersama barisan artis jemputan serta aktiviti selingan bersama rakan radio, Hot Fm dan Kool Fm dalam slot HotKool Games bersama Zoomers. Aktiviti Studio A juga diisi dengan sesi bersama pihak penaja dan para Da’i di sebelah petang.

Studio B pula dikenali sebagai Bananana Land pada tahun lalu, merupakan destinasi unggul buat pengunjung cilik kerana dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah buat mereka.

Antara aktiviti yang dilakukan di Studio B adalah Sesi Penjagaan Gigi oleh KKM, Adam Adenan The Magician, dan sesi beramah mesra bersama Boboiboy, Ejen Ali dan rakan radio Hot FM dan Kool FM. Studio B ini dihoskan oleh Harris Alif dan Shah Sulaiman.

Karnival Jom Heboh Stadium Likas nanti juga akan mengakhiri kedua-dua harinya dengan konsert Jom Heboh dan Konsert Hot Kool Jam pada sebelah malam Sabtu dan Ahad itu nanti.

Jangan ketinggalan untuk menambah sebuah Nissan Serena 2.0L Highway Star dalam koleksi kenderaan peribadi anda. Datanglah beramai-ramai ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 dan 8 September 2019 nanti.

Layari laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia serta www.xtra.com.my/jomheboh   untuk maklumat lanjut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Mar 2019
Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

LIFESTYLE Wed, 27 Nov 2019

网路交友桃花运势?

网路交友,在这年代好像挺正常的。

Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Events Tue, 9 Apr 2019

Malaya Relived: Merdeka by Liver and Lung Productions is Bringing the 50s Back!

You are in for a historical journey down memory lane during the colonization time!

LIFESTYLE Sat, 27 Apr 2019

5 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

Pejam celik rupanya dah nak puasa ye

Contest Tue, 27 Aug 2019

Sam Bunkface Trending Di Twitter, Gara-Gara Barai?

Apa agaknya yang Sam buat sampai trending ni?

Contest Mon, 20 Jan 2020

xtra好康头 | 送你《温拿L.O.V.E云顶演唱会》入门票

回忆杀!温拿五虎2月再合体,xtra好康头将送你演唱会入门票,让你重温首首经典好歌。

Events Wed, 20 Nov 2019

OST Ejen Ali The Movie Bukan CIPLAK!

sesuailah dengan hashtag #KitaJagaKita

| Live TV