Hiburan By: SGMS Faida August 10, 2019 @ 4:27pm

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Sudah serik menjadi pilihan lelaki kerana hartanya, Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Nasib baiklah Intan hanya perlu menjadi pembantu rumah untuk memenuhi wataknya untuk drama terbaharu di slot Lestary iaitu Tuan Danial mulai 9 Ogos ini. 

Selain Intan, drama adaptasi novel oleh Azizah Ami yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini turut membariskan Idris Khan, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara dan juga Zuhairi Ibrahim.

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim (Intan Najuwa) dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial (Idris Khan) telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Danial bukan lelaki pertama yang membuatkan Tengku Ismahanim atau Is, menyamar sebagai pembantu rumah.

Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil namun semua calon itu tidak berjaya memikat hati Is sehinggalah Is menyamar menjadi pembantu rumah milik keluarga Tuan Danial. 

Berlainan dengan lelaki-lelaki sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah.

Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah.

Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. Tengku Hatta, adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka.

Kehadiran Nell (Atikah Suhaime), bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya.

Bukan Is sahaja mempunyai saingan, Tuan Danial juga tergugat oleh kehadiran Rizal (Luqman Hafidz), jiran sebelah rumahnya yang obses untuk memiliki Is. Rizal cuba menggoda Is dengan menghantar kad dan bunga. Rizal juga berani menengking Is yang telah membuang bunganya dan menumbuk Tuan Danial dengan teruk sekali semata-mata kerana inginkan Is. 

Adakah cinta di antara Is dan Tuan Danial bakal bersatu dengan kehadiran Nell dan Rizal? Jangan lupa untuk ikuti kesemua 13 episod drama Tuan Danial untuk ketahui kesudahannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 25 Apr 2019
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Dan, pemenang Sexiest Man Alive pada tahun ini jatuh kepada Idris Elba!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Macam-macam soalan ditanyakan pada artis ni erk…Pilihan masing-masing, ada yang gemar tayang pasangan, ada yang lebih ‘tertutup’. Tepuk dada, tanya selera!

Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

“Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin Dengan Zizan” – Mira Filzah

Peminat tidak putus-putus mengaitkan Zizan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama pelakon dan pengacara, Mira Filzah.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

‘Tak Taulah Awak Kenal Saya Ke Tak, Tapi Awak Datang Ke Kerusi Saya…’ PU Amin Tegur Ben Ladin?

Difahamkan, kedua selebriti ini bertemu di sebuah acara anjuran stesen televisyen sebelum ini.

| Live TV