Hiburan By: SGMS Faida August 7, 2019 @ 6:00pm

Dakwaan Jadi Perampas, Nina Iskandar Jawab Netizen!

“Sumpah dengan nama Allah SWT, semua dakwaan itu tidak betul sama sekali,” luah pelakon Nina Iskandar menjawab soalan dari seorang peminat di Instagram miliknya mengenai dakwaan menjadi punca keretakan rumah tangga suaminya dengan bekas isteri.

Dalam ruangan IG Story hari ini, Nina menjelaskan bertemu suaminya ini selepas lelaki itu berpisah dengan bekas isteri sejak setahun lalu.

“Suami saya dan bekas isteri sudah berpisah setahun sebelum dia bertemu saya. Mereka secara rasmi bercerai pada Januari lalu bukan Februari.

“Mereka dah lama ada masalah rumah tangga tapi saya pun tak nak campur, biarlah itu antara mereka. Perkara dah lepas pun.

“Apa boleh saya katakan, kami mula berkawan rapat dan hubungan mula serius selepas perkara ini selesai,” tulisnya.

Nina mengaku kecewa apabila difitnah menjadi punca perpisahan membabitkan suaminya dengan bekas isteri, sebelum ini.

“Soal jodoh ini rahsia Allah kita sebagai ciptaanNya pun susah nak cakap. Anda boleh bertemu jodoh hari ini dan berkahwin esok atau berkawan lebih 10 tahun tapi tak jadi apapun hubungan itu.

“Saya agak kecewa difitnah menjadi punca mereka seperti didakwa. Padahal bukti semua ada dalam telefon bimbit peribadi suami, namun kami tidak pernah mengaibkan.

“Kami cuma simpan segala bukti jika berlaku perkara berbangkit yang memerlukan kami bertindak,” tulisnya lagi.

Status hubungan antara Nina dan suami, seorang kru produksi Azlan Adzanan atau Lan Lebah terungkai selepas pasangan itu melangsungkan majlis resepsi di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

Ever thine, ever mine, ever ours…

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on

Mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup sekitar April lalu.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut!

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

‘Fake Instagram’ Ini Jawapan Win Nana Al Haleq !

Terpalit sekali lagi dengan isu penuh kontroversi apabila tampil dengan baju yang begitu ‘wow’, individu ini label teruk Nana Al Haleq

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!

Events Wed, 20 Jun 2018

| Live TV