Trending By: Attiqah Mohd August 6, 2019 @ 1:15pm

TV3 Cari Bakat Baru Menerusi #BacaBeritaChallenge, Anda Layak? Jom Sertai!

Kalau dulu waktu korang kecil-kecil, mesti selalu tengok personaliti TV3 baca berita kan? Lepas tu angan-angan nak jadi pembaca berita, dah la cantik, muda, berjaya dan paling penting berbakat besar!

Tahun ini, TV3 melancarkan cabaran #bacaberitachallenge, menerusi cabaran ini korang  berpeluang untuk serlahkan bakat terpendam korang tu, boleh la korang cuba nasib mana tau dapat menang hadiah eksklusif, nak tahu hadiah apa? Kena baca artikel ni sampai habis!

Jom sertai #BacaBeritaChallenge

Kalau korang nak tahu, TV3 kini melancarkan cabaran #bacaberitachallenge, kalau korang menang korang berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif berupa sebuah telefon pintar dari Realme. Mana la tau kot-kot rezeki korang menang handphone canggih dengan teknologi  tip top ni. Tapi,  macam mana nak sertai dan apa syarat-syaratnya? Jom kita sama-sama tengok!

Cara-Cara

  1. Layari YouTube Buletin TV3 untuk dapatkan skrip berita
  2. Mainkan video skrip berita dari YouTube Buletin TV3 di komputer dan rakam diri anda membaca berita menggunakan telefon pintar
  3. Muat naik video tersebut ke Instagram
  4. Sila pastikan anda menaip #BacaBeritaChallenge dan tag @BuletinTV3 pada setiap video yang anda muat naik

Syarat-syarat

  1. Hanya video #BacaBeritaChallenge yang menggunakan skrip dari YouTube Buletin TV3 sahaja layak dipilih sebagai pemenang
  2. Anda boleh memuat naik seberapa banyak video penyertaan namun hanya layak memenangi satu hadiah sahaja
  3. Guna kreativiti sendiri untuk menjadikan video membaca berita anda lebih menarik dan jadikan ia tular! Potensi untuk menang lebih tinggi sekiranya video anda mendapat jumlah tontonan yang memberangsangkan
  4. Rakaman video membaca berita mestilah tidak kurang daripada 50 saat
  5. Hanya video yang dimuat naik sebelum jam 11:59 malam pada 22 Ogos 2019 sahaja yang layak bertanding
  6. Pastikan Instagram anda berstatus PUBLIC, bukan PRIVATE ya!

Hadiah-hadiah

  1. 10 unit telefon pintar jenama Realme untuk pembaca terbaik bagi setiap skrip yang terdapat di YouTube Buletin TV3 – (1 skrip 1 pemenang)
  2. 10 orang pembaca berita terbaik ini juga akan dijemput ke Sri Pentas untuk merasai sendiri pengalaman membaca berita secara profesional di Studio A lengkap dengan pakaian dan solekan seperti pembaca berita sebenar!
  3. Rakaman sesi tersebut akan dimuat naik di YouTube Buletin TV3
  4. Para pemenang juga berpeluang muncul di Buletin Utama dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai berita TV3

* Kos pengangkutan dan logistik untuk para pemenang hadir ke Sri Pentas adalah di bawah tanggungan sendiri.

Jangan lupa untuk dapatkan info lanjut di sini dan layari YouTube TV3Malaysia Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Trending Wed, 30 Jan 2019

超猛翻锅惊现「海嘨炒饭」网惊:日本无极限

近日网友在脸书分享一张照片,引发网友疯传,日本一男子手持大锅惊人奋力翻米饭的一幕,神乎其技啊!

Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Trending Mon, 10 Dec 2018

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini

Trending Sun, 19 Nov 2017

Perlukah Memalukan Baby Shima Atau Sekadar Ingin Viral?

Kes Baby Shima dimarahi di sebuah rancangan realiti di Indonesia begitu hangat diperkatakan. Jika di stesen televisyen kita, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang menggelarkan dirinya Bunda melontarkan kata-kata semangat dan kritikan membina kepada peserta […]

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Trending Mon, 7 May 2018

Helikopter Bawa Pengantin Terhempas, Majlis Tetap Diteruskan…

Tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan. Phew…Nasib baik!

Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

| Live TV