Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2019 @ 12:54am

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Tuah lagu Teguh Setia ciptaan dan lirik oleh Ibnu serta Ghoufran membantu gadis kelahiran Mersing, Johor, Muna Shahirah berdiri sebaris penyanyi seangkatan.

Muna atau nama lengkapnya Muna Shahirah Munadi, 25, berkata dia tidak melalui jalan pintas untuk diterima, malah pernah beberapa kali terjatuh selepas memulakan langkah dalam program realiti Akademi Fantasia pada 2014.

“Lagu pertama, Takdir Cinta, tidak mampu melonjakkan nama, biarpun video muziknya ditonton lebih dua juta kali pada 2017. Saya cuba berfikiran positif, mungkin belum rezeki saya untuk ke depan.

“Perasaan kecewa semakin memuncak awal tahun ini selepas lagu kedua, Teguh Setia, juga bergerak perlahan. Saya menangis kenangkan nasib diri.

“Lima tahun saya menanti, tetapi di mana salah dan silap saya apabila bakat masih belum menyerlah?” katanya.

Muna yang pernah menjadi penyanyi Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun berkata, dia pernah putus asa dan hampir meninggalkan dunia nyanyian, dua tahun lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, dia pernah terfikir mahu mengikut adiknya bekerja dalam bidang perhotelan di Singapura.

“Saya pernah tergerak hati mahu berhenti menyanyi dan bekerja di Singapura. Saya tidak kisah melakukan apa sahaja kerja, asalkan dapat membantu ibu bapa dan keluarga.

“Siapa sangka, pengurus dan wakil syarikat rakaman, FMC Music, menghubungi serta membantu ketika saya mahu melangkah pergi. Berkat doa, sabar dan tawakal, manisnya ada pada penghujung hari.

“Apabila Teguh Setia mula dipromosikan dan lagu pula diputarkan di radio, impaknya mula kelihatan. Graf tontonan video muzik juga bergerak pantas.

“Alhamdulillah, segala perancangan tersusun lancar dan dipermudahkan. Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar,” katanya.

Dalam tempoh lima bulan, video muzik rasmi lagu itu mencatat lebih sejuta tontonan di laman YouTube. Biarpun ia bukan angka yang boleh dianggap mengejutkan dan graf perjalanan lagu itu agak perlahan, Muna menyifatkannya sebagai permulaan yang memberangsangkan.

“Sebelum ini, semuanya nampak begitu indah di mata, tetapi hanya saya yang mengerti apa yang dilalui. Saya belum berada pada tahap selesa, sebaliknya masih bertatih untuk mempertahankan perjuangan,” katanya.

Muna berkata, jika tanpa sokongan syarikat rakaman, mungkin kerjaya nyanyiannya sudah berkubur kerana dia memikul tanggungjawab berat sebagai tonggak keluarga.

“Bapa hanya mengambil upah sebagai deejay kenduri kahwin di sekitar Mersing untuk meneruskan hidup. Saya menjadi tempat keluarga bergantung harap. Alhamdulillah, berkat sabar, kerjaya nyanyian saya semakin berkembang,” katanya.

Kata Muna, dia memang tidak mengizinkan kedua-dua orang tuanya bekerja, malah mereka sering berulang alik antara Johor dan Kuala Lumpur untuk menemaninya jika ada undangan nyanyian.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Adam Shahz Tak Kekok Beraya Tanpa Isteri

Anak bersama saya tahun ini, tiada apa yang perlu disedihkan. Alhamdulillah kehidupan saya lebih teratur selepas bercerai…

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Rakam Muzik Video Single Kedua Di Tanah Suci

Semoga urusan ibadah Zulin dan keluarga dipermudahkan di tanah suci nanti… Amin.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Zalfa Zin Memilih Watak?

Mungkin juga kerana wajah nampak seperti sombong…

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

Trending Hari Ini Fri, 5 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Events Mon, 30 Jul 2018

Filem Pulang Makin Trending!

Filem Pulang sekali lagi mengangkat martabatnya apabila kekal mendominasi platform media sosial menerusi laman twitter

Events Wed, 14 Aug 2019

《当时明月在》831播出!林奕廷老妆:连侄儿也说我像太婆

八度空间国庆日特备电视电影《当时明月在》8月31日播出!视后林奕廷剧中化老妆,连侄儿看后都说她像太婆。

| Live TV