Hiburan By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 10:00am

Dayang Sayang Peminat

Perkongsian gambar Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini berpakaian sedondon ketika beraya bersama di Instagram, baru-baru ini disambut baik peminat yang berharap hubungan mereka akan melangkah ke fasa lebih indah.

Melihat penerimaan peminat dari sudut positif, Dayang secara peribadi mengakui, serasi dengan Hael kerana penyanyi itu ialah antara rakan artis yang paling rapat dengannya.

“Saya tahu ramai peminat mendoakan dan mengharapkan perkara yang baik akan berlaku dalam hidup kami. Dalam hal ini, saya tidak perlu melatah, sebaliknya melihat penerimaan itu dari sudut positif.

“Saya juga anggap gosip mengaitkan saya dan Hael sebagai perkara biasa kerana kami memang rapat serta selesa bekerjasama. Mungkin kerana itu, peminat mengharapkan hubungan kami lebih daripada sekadar kawan.

“Apa yang saya boleh katakan, Hael antara rakan duet paling serasi dengan saya. Dia mampu memberikan magis setiap kali kami tampil di pentas dan ia membuatkan saya selesa setiap kali bergandingan dengannya,” katanya, mengulas mengenai foto yang diambil bersama anak saudaranya, Zahraa Aiesha dan anak angkat Hael, Helena.

Dayang yang pernah bekerjasama dengan Hael menerusi lagu Haram berkata, setakat ini, mereka masih belum mempunyai perancangan untuk merakamkan lagu duet terbaru.

“Saya tidak pernah meletakkan jurang, malah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana penyanyi, asalkan antara kami mempunyai keserasian,” katanya.

Baru muncul dengan single rancak, Sebentar ciptaan Faizal Tahir, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Romeo, Dayang dilihat sebagai antara penyanyi yang berjaya mencipta nama dengan imej bersih, selain tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

“Saya belum pernah bercinta, mahupun memiliki kekasih. Setakat ini, tiada siapa yang berani mendekati atau cuba mengetuk pintu hati.

“Saya memang memilih lelaki yang hendak dijadikan calon suami kerana kalau boleh, perkahwinan itu biar hanya sekali seumur hidup,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayang bakal menjayakan Konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya pada 21 Julai ini, sehari selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-38.

Kredit: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Tujuh Tahun Hilang…Cinta Laura Keihl Rai Kepulangan Dengan ‘Vida’

Masih ingat lagu Oh Baby nyanyian Cinta Laura dulu?

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

“Saran Wanita Kawal Marah”

Berita pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya telah menjadi topik bualan hebat di media sosial beberapa hari ini. Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang melemparkan hadiah ulang tahun yang telah diberikan oleh keluarga […]

Events Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Umie Aida- Erra Fazira Sudah Berdamai

Harap netizen tidak bercakap lagi isu ini,

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

HANYA DOA SELAMAT UNTUK BAYI SULUNG SAYA – DATUK SITI NURHALIZA

Dia akan melalui proses berpantang sama seperti wanita lain dan akan membuat latihan vokal untuk mengembalikan tenaga dan aktif dalam bidang nyanyian selepas bersalin nanti

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

‘Semalam Di Malaya’ Tak Mengecewakan, Antara Konsert Terbaik Tahun 2018

Vokal bertenaga Liza Hanim yang memulakan persembahan tidak langsung ‘tergugat’ biarpun penyanyi berusia 39 tahun ini sedang sarat mengandung. Vokal Liza dalam membawakan lagu-lagu klasik sememangnya pilihan paling tepat. 

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?

Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Izzmad Harun Tak Kecil Hati Cuma…

Kata Izzmad ‘Saya banyak tolak job sebelum ini demi ‘Bisa Pertama’.

LIFESTYLE Fri, 13 Apr 2018

Alamak…Ribut Kuat Jejas Taj Mahal!

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagaikecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

| Live TV