Hiburan By: SGMS Enal July 15, 2019 @ 5:00pm

Hebat…Maya Karin Bakal Bergelar Bintang Hollywood Tidak Lama Lagi!

Biarpun hanya satu babak penting, Maya Karin teruja berpeluang menimba pengalaman membintangi filem Hollywood berjudul Alone yang membariskan pelakon ternama, Donald Sutherland dan Tyler Posey.

Maya memberitahu, bekerja dengan pasukan profesional diketuai Johnny Martin selaku pengarah dan penerbit bersama, dianggap landasan awal untuknya melebarkan langkah di pentas antarabangsa.

“Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group (HIG) menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di sini, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat.

“Walaupun sebabak, berada dalam suasana baharu, dikelilingi kru profesional dan dapat bertukar idea dengan ramai karyawan di sini termasuk pengarah Alone, menyemarakkan semangat.

“Kepercayaan mereka dianggap permulaan baik untuk saya terus mencari ruang di Hollywood. Apatah lagi, sepanjang minggu ini saya turut dipertemukan dengan beberapa produser dan pengarah lain.

“Sebelum ini, saya tak terfikir boleh sampai (berlakon) di Hollywood. Malah, tidak pernah terdetik mencuba nasib atau menghadiri uji bakat… Mungkin sekarang tepat pada waktunya,” katanya kepada BH Online yang diundang mengikut Maya menjalani penggambaran filem Alone, di sini.

Maya ditemui di Illuminate Studios di Venture Blvd, dekat sini, yang menjadi lokasi penggambaran. Dalam filem Alone, Maya dipertanggungjawab membawa watak saintis Malaysia bernama Dr Zulaikha.

Tambah penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik itu, kesungguhan HIG mengundangnya disifatkan langkah permulaan bagi memperkenalkan Malaysia sebagai hab pelancongan melalui tarikan destinasi bertaraf antarabangsa dan filem.

“Saya difahamkan, tahun depan HIG bakal menjalin usaha sama dengan produksi ini untuk filem aksi berlatarkan seni mempertahankan diri yang bakal ditayangkan di Amerika Syarikat (AS).

“Boleh dikatakan, saya umpama duta kecil. Ini kerana ada dalam kalangan penerbit yang ditemui bertanya mengenai negara kita. Semuanya kerana sebelum ini, beberapa filem antarabangsa pernah menggunakan Malaysia sebagai lokasi latar,” katanya.

Sementara itu, Maya dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh sebulan lagi bagi melangsaikan beberapa urusan berkaitan kerjaya di AS selain menyempurnakan penggambaran sebuah program kapsul travelog.

Mengenai pertemuan dengan penerima trofi Oscar, Sutherland dan bintang muda Teen Wolf, Posey, Maya berkata, biarpun tidak berlakon dalam babak sama, mereka sangat peramah dan mudah mesra.

“Sebenarnya, babak saya adalah antara kerja penggambaran terakhir selepas lebih 25 hari produksi bermula. Namun, saya masih sempat ke set untuk diperkenalkan dengan Sutherland dan Posey.

“Pada hari terakhir, sekali lagi saya dan Posey bekerja dalam studio di mana dia menyiapkan babak adegan lasak. Ini membolehkan kami berbual seketika,” kongsi aktres berdarah campurkan Melayu-Jerman itu.

Sementara itu, Martin yang mempunyai tiga dekad pengalaman dalam industri perfileman Hollywood mengaku Maya berpotensi pergi jauh melihatkan usaha dan kesungguhannya, biarpun menerima skrip dua hari sebelum penggambaran.

“Saya mengenali Maya ketika pelancaran hotel milik Paramount di Bali, Indonesia, dua tahun lalu. Ketika itu, saya dan HIG nampak potensinya. Apabila dia dapat ‘terbang’ ke AS dan bersama kami, itu bermakna hajat kami sudah direalisasikan.

“Maya beri komitmen penuh biarpun masih keletihan dan ‘jetlag’. Babak membabitkan Maya hanya satu, tetapi skrip panjang hingga lima muka surat,” kata pengarah dan bekas pelakon lagak ngeri itu.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Takes Over Spotify

People are streaming the song like over and over again!

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

Kongsi Manfaat Dan Kebaikan Buaian Untuk Perkembangan Bayi

Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keperluan sensori yang berbeza. Ada bayi yang tepuk-tepuk sikit dah tidur, malah ada bayi yang boleh tertidur dengan sendiri! Salah satu impian semua mak ayah termasuk saya. Tetapi, ada […]

Events Tue, 27 Feb 2018

Anda Rasa Diri Cool? Ini Mungkin 5 Rancangan Hot Wajib Tonton Anda

Wow! tonton bukan sahaja mengumpulkan pelbagai koleksi drama local malah, turut mengumpulkan pelbagai drama antarabangsa seperti Korea (annyeonghaseyo!), Thailand (Sawadekap), China dan juga India. Bukan itu sahaja, rancangan-rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran HD! Mesti korang cair tengok muka pelakon favourite Korea korang kan? 

Hiburan Mon, 22 Apr 2019
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Kisah Cinta Zul Ariffin Tergugat Angkara Godaan?

Siapa yang cuba gugat kesetiaan?

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan! Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam […]

| Live TV