Hiburan By: SGMS Enal July 2, 2019 @ 11:00am

Berat Badan Naik, Kilafairy Sanggup Tak Keluar Rumah!

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi, Kilafairy mengakui, dia begitu menitikberatkan penampilannya, malah sangat mementingkan penjagaan bentuk badan.

Katanya, tuntutan umum yang sentiasa mahu melihat selebriti tampil sempurna membuatkan dia sanggup melalui pelbagai ‘penderitaan’ semata-mata untuk kelihatan menarik.

“Saya pernah mengalami masalah berat badan hingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Saya tidak sanggup memuat naik gambar di laman sosial, apatah lagi keluar rumah.

“Saya sanggup berkurung dan tolak tawaran menjalani penggambaran kerana tidak selesa beraksi di depan kamera apabila badan berisi,” katanya.

Akur sudah terbiasa dengan perhatian warganet yang gemar mempertikai penampilannya, Kilafairy, 27, bagaimanapun, tidak menganggap semua itu sebagai tekanan.

Dia juga tidak melatah setiap kali menerima komen pedas mereka yang membenci penampilan beraninya kerana baginya, penilaian setiap individu tidak sama.

Anak penyanyi Rohana Jalil itu, baru-baru ini sekali lagi dikecam apabila menyarung persalinan ketat bermotif ular ketika menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan di Bangkok, Thailand.

“Bagi saya, seksi itu subjektif. Jika ada komen panas yang menyakitkan hati, saya abaikan sahaja kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada diri.

“Saya tidak mudah melatah, malah tidak akan menutup ruangan komen di Instagram hanya kerana takut dengan pandangan orang. Apa juga yang saya buat, pasti ada yang tidak kena pada mata segelintir pengikut,” katanya.

Pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan itu berkata, pengalaman ibunya yang terlebih dahulu makan garam dalam dunia seni turut membantunya lebih kebal menangani pandangan orang.

“Ibu sangat kuat dan kental, malah saya mewarisi sifat serta keberanian itu daripadanya. Selalu dia ingatkan saya supaya bersedia dari segi mental dan emosi.

“Prinsip itu juga membuatkan saya tidak mudah melatah setiap kali menerima kritikan. Biarpun ada yang memandang negatif, hidup perlu diteruskan,” katanya.

Selain dikenali sebagai pelakon, Kilafairy yang juga berbakat dalam bidang nyanyian mengakui, teruja kerana dua perancangan terbarunya menjadi kenyataan.

“Saya baru melancarkan produk kesihatan dan pelangsingan badan, Kilafit. Selain mengajak orang jadi sihat dan cantik, saya juga mahu mereka menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan ini.

“Satu lagi, saya bakal muncul dengan single Melayu, cuma butiran mengenai penghasilan lagu itu masih belum boleh dikongsi,” katanya yang sebelum ini muncul dengan single Inggeris, Put The Word In bergandingan dengan DJ Aku Ash dan artis antarabangsa, Sean Kingston.

Kredit: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Fazley Yaakob Naik Angin!

Judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…Amin!

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti…

TECH Tue, 2 Apr 2019

SilverPush Launches in Hong Kong, Expands APAC Operations

SilverPush is introducing the latest way of advertising; AI based marketing-technology.

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Yana Samsudin Tuntut Pereka Fesyen Terkenal Bayar Hutang!

Pada mulanya saya tak mahu panjang isu ini. Saya tak hadap pun duit itu daripadanya…tetapi ya lah, hutang tetap hutang. Benda itu kena buatkan?

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Fathia Latiff Tak Setuju Wany Hasrita Menang Artis Paling Popular?

Suara pun macam katak ada hati nak menang nampak sangat RASUAH. FACE THE REALITY LISTEN TO HER SONG CAREFULLY!

| Live TV