Hiburan By: SGMS Faida July 31, 2019 @ 2:00pm

‘Demam’ Mentor Milenia Dah Mula…Jom Datang Ke Uji Bakat Mentor Milenia 3 & 4 Ogos Ini!

Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni kini kembali untuk musim yang ketiga! Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia edisi ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

Pelbagai kelainan yang diperkenalkan pada musim baharu ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu.

Ernie Zakri

Stacy 

Menurut Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia memaklumkan uji bakat kali ini bukan sahaja tertumpu hanya pada seorang mentor, tetapi para peserta akan dinilai oleh kelima-lima mentor sewaktu uji bakat.

“Setelah uji bakat dijalankan, hanya 20 peserta yang terbaik sahaja akan di senarai pendek untuk mara ke peringkat seterusnya. Kemudian, setiap mentor perlu memilih dua orang peserta untuk bertarung di pentas Mentor Milenia,”

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran Youtube TV3.

Uji Bakat Mentor Milenia

Uji bakat Mentor Milenia akan dijalankan bermula 3 dan 4 Ogos di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Uji bakat seterusnya pula akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September. 

Para peserta yang sertai uji bakat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah akan dinilai oleh dua orang pakar muzik tempatan, Ajai dan Faizal Uzir atau lebih popular dikenali sebagai Lok U.

Kepada yang berminat untuk sertai sesi uji bakat Mentor Milenia, para peserta haruslah berusia antara 17 hingga 23 tahun dan berwarganegara Malaysia atau Singapura.

Para peserta juga boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormilenia dan bawa ke sesi uji bakat selepas diisi. Selain itu, bawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian. 

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Sissy Iman. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Di MAPS , Perak

MAPS Lancar Roller Coaster Boboiboy Galaxy Center dan Teater Hantu Kak Limah

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

林文荪《这世界终会记得我的名字》为听觉障碍孩童发声

去年获得《决战好声》新马版冠军的林文荪加盟环球音乐后,正式发行了个人首支单曲《这世界终会记得我的名字》!

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Kalau Ada Yang Sudi,Apa Salahnya’- Mamak Teringin Jadi Duta Produk Pemutih?

Betul kata Mamak, kenapa perlu ambil duta produk yang sedia maklum sudah cantik? Kalau syarikat mahu melihat testimoni lebih asli, apa kata…

Events Wed, 5 Feb 2020
Hiburan Sun, 23 Jun 2019

郑伊健伤病痊愈再度挑战圆环倒吊高难度动作

郑伊健伤病痊愈!云顶演唱会高难度大圆环倒吊环节,让现场粉丝大饱耳福及眼福。

Trending Wed, 15 Apr 2020

| Live TV