Trending By: SGMS Faida July 26, 2019 @ 3:03pm

Kena ‘Reject’ Bekas Isteri, Lelaki Ini Cari Pemutar Skru Untuk…

Gara-gara kena reject, seorang lelaki bertindak menikam bekas isterinya menggunakan pemutar skru.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan di Jertih baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila lelaki itu nekad menikam di bahagian muka dan tangan mangsa. Gila bukan?

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 28 tahun itu sedang bekerja di kedai makan terbabit.

“Suspek datang ke kedai itu untuk rujuk semula dengan mangsa, tetapi hasratnya itu ditolak dan suspek terus bertindak menikam mangsa menggunakan pemutar skru di bahagian muka dan tangan mangsa,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mangsa mengalami luka di bahagian bawah mata kanan, luka di tangan kanan dan kiri selain di kening kiri dan dihantar orang awam ke Hospital Besut untuk rawatan.

“Majikan mangsa menerima panggilan pada jam 4.35 petang memaklumkan pekerjanya ditikam lalu membuat laporan polis jam 4.54 petang,” katanya memberitahu suspek merupakan seorang nelayan.

Susulan kejadian itu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menjalankan gerakan mengesan suspek berusia 31 tahun.

“Suspek berjaya ditahan sekitar jam 5.20 petang di tepi Jalan Cawat, Kuala Besut, Terengganu.

“Kita turut merampas barang kes seperti sebatang pemutar skru, kunci motosikal dan sebuah motosikal jenis Yahama. Ujian saringan air kencing suspek negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya.

Mohd Zamri berkata kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Beliau berkata, mangsa berkahwin dengan suspek pada November 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2017 di Mahkamah Syariah Besut.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 May 2020

[TERKINI] Semua R&R Akan Ditutup Bermula Hari Ini

Namun, boleh berhenti untuk berehat dan ke toilet SAHAJA!

Trending Mon, 14 Oct 2019
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

Trending Wed, 29 Jan 2020

3 More Wuhan Virus Cases Reported, Bringing A Total Of 7 In Malaysia

This is getting more worrying! Stay protected people!

Trending Mon, 6 Apr 2020
Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Tue, 27 Mar 2018

Jangan Kaitkan Skandal Seks Trump Dengan Anaknya – Jurucakap

“Saya ada bertanya. Dan dia menolaknya, berkata, ‘oh ya, ya, kamu tahu, jangan risau. Bilik dan barang kami berasingan,” katanya.

Trending Thu, 3 Jan 2019

Jawa Barat Dalam Zon Merah Kata Gabenor

Gabenor Dedah Jawa Barat Dalam Zon Merah, Berisiko Jadi Kawasan Bencana

Trending Sun, 1 Dec 2019

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Kesiannya lihat tangan bayi kecilmempunyai kesan suntikan yang banyak.

| Live TV