Hiburan By: SGMS Faida July 24, 2019 @ 7:00pm

Dalam Diam Ebby Yus Rupanya Dah Kahwin?

Gara-gara sekeping gambar, pelakon dan pelawak, Ebby Yus bingung dihujani soalan mengenai status perkahwinan.

Kata Ebby, dia terkejut apabila salah seorang anak buahnya juga turut menghubungi untuk memastikan kesahihan berita itu.

“Saya sendiri bingung bila orang tanya pasal kahwin. Ramai ingat saya dah kahwin sedangkan foto itu hanya lakonan bersama Zizi Kirana.

“Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput.

“Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan? Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.

“Saya tidak terasa hati dengan cemuhan dan kritikan warganet, cuma sebagai manusia, siapa kita untuk mempersoal mengenai jodoh kerana ia aturan Allah.

“Saya bagaimanapun, sudah memaafkan mereka kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing,” katanya.

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Ebby berkata, spekulasi itu tercetus apabila Ropi memuat naik gambar ‘perkahwinannya’ dengan Zizi di laman sosial, sebelum ia dipanjangkan rakan yang lain.

“Zizi pula turut melayan sehingga ramai yang keliru sama ada kami benar-benar berkahwin atau lakonan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, gambar Ebby dan Zizi menggayakan pakaian pengantin tular di media sosial hingga menimbulkan kekeliruan ramai, termasuk rakan artis.

Mengulas mengenai perkahwinan, Ebby menjelaskan, dia pasti akan berkongsi dengan umum seandainya bertemu jodoh pada masa akan datang.

“Buat masa ini, saya belum mempunyai sesiapa yang istimewa. Tetapi, andai kata bertemu jodoh pada masa hadapan, pasti saya akan berkongsi. Saya tidak akan berahsia hingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

“Saya memilih wanita yang sedap dipandang mata. Jika boleh, ada ilmu agama serba sedikit dan memahami saya,” katanya.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Sep 2018
Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2018 (#ABPBH31 )

Sedang dikemaskinikan untuk senarai pemenang. Tahniah pada para pemenang

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Contest Thu, 25 Jul 2019
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

BTS Dominates Radio Disney Music Awards

They were nominated for several awards that night.

| Live TV