Hiburan By: SGMS Faida July 14, 2019 @ 9:00am

Tidak Hadir Pertunangan Anak, Bapa Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut!

Bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson, Zainol Johari Macwilson mendakwa dirinya mendapat ugutan daripada bekas suami isterinya mengenai hak penjagaan anak.

Atas sebab itu, dia tidak dapat hadir ke majlis pertunangan anaknya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza di Perth pada 8 Jun lalu. 

 

 “Saya bawa isteri dan anaknya yang berumur enam tahun tinggal bersama di Australia sejak Mac lalu.
 
“Bekas suaminya tiba-tiba hantar mesej menyoal kenapa membawa anaknya tanpa memberitahunya terlebih dahulu dan meminta supaya membawanya pulang segera ke Malaysia.
 
“Jika tidak berbuat demikian, dia akan buat laporan polis dan mengatakan sanggup membayar semula tiket penerbangan untuk anaknya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada peringkat awal, individu terbabit tidak pernah ambil tahu berkenaan nasib dua anak di bawah jagaan bekas isterinya itu walaupun jarak rumah hanya 10 minit perjalanan.

“Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua ini selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

“Manakala anak sulung isteri sudah besar berusia 19 tahun. Dia enggan ikut ke Perth dan tinggal di rumah pusaka keluarga isteri,” katanya.

Zainol berkata, apabila perkara itu diketahui oleh individu terbabit, dia mula bertindak di luar dugaan.

“Tahun lalu, isteri dengan bekas suaminya sudah selesaikan perkara ini di Mahkamah Syariah Kangar untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Pegawai Sulh di situ memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada ibunya dan bapanya ada hak mengambilnya hujung minggu. Namun dia mengabaikannya dan memberi pelbagai alasan tidak logik,” katanya.

Katanya, dia tidak gentar dengan ugutan individu terbabit, namun memberikan kebenaran kepada isterinya untuk pulang ke Perlis bersama anaknya.

“Saya jelaskan kepada isteri yang saya kena ada di Perth kerana Zahirah nak bertunang. Tapi isteri rasa takut sekiranya dia diapa-apakan oleh bekas suami.

“Namun memikirkan saya yang bawa isteri dan anaknya ke sini, saya akhirnya buat keputusan pulang bersama isteri.

“Sebaik kami sampai ke Perlis, dia datang ambil anak keesokan harinya. Isteri memberitahu tugas rutin yang perlu dibuat untuk anak mereka iaitu menguruskan persekolahannya pagi dan petang,” katanya.

Zainol memberitahu, individu terbabit mula berdalih apabila memberikan alasan akan mengganggu tugas sehariannya.

“Disebabkan itu, kami minta surat pengesahan daripadanya yang memberikan kebenaran untuk membawa anak kedua ini berhijrah ke Perth dan ia sudah pun diperoleh.

“Insya-Allah ia akan memudahkan lagi proses permohonan taraf penduduk tetap. Surat ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen Australia,” katanya.

Zainal berjanji akan memberikan didikan terbaik buat anak tirinya sehingga berjaya.

“Saya ada empat anak dan alhamdulillah kesemuanya berjaya. Walaupun bercerai dengan ibu Zahirah, saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah yang baik.

“Saya didik mereka dengan baik, penuh disiplin dan berjaya dalam pelajaran. Tiga anak berjaya masuk universiti dan yang bongsu pun cemerlang dalam pelajaran.

“Kalau dulu ada warganet yang bersangka buruk dengan saya kerana tak hadir ke majlis pertunangan Zahirah, inilah jawapan sebenarnya. Tak betul jika ada yang anggap saya dilarang atau dihalang hadir ke majlis itu,” katanya.-Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Perkongsian Aidid Marcello Buat Netizen Sebak.

Siapa Yang Akan Uruskan Jenazah Aku Nanti?” Perkongsian Aidid Marcello Buat Netizen Sebak.

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

电影《光》扬名海外!入围「上海国际电影节」四奖项

第21届上海国际电影节亚洲新人奖入围名单出炉,电影《光》一举入围四个奖项,包括最佳影片、最佳导演、以及最佳男女主角奖。

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

古仔出「马」 谁与争锋?电影《犯罪现场》膺大马华语片冠军

由古天乐主演的《犯罪现场》上周在大马开出亮眼成绩,成功挤下一众强劲对手,荣登全马上周开画华语片冠军,排名领先所有亚洲电影!

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

Boleh Cakap Melayu Lah…

Good luck, Amelia!

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Opsss…Barang Tiruan Rupanya

Artis Malaysia guna jenama fake /tiruan atau jenama yang asli ?

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Jay Iswazir Sebak Ingat Pesanan Mak Sebelum Jadi Pelakon

Lakonan Aku Nazmi memang betul-betul hebat. Semoga terus berkarya dengan baik & ikhlas, Insya Allah kejayaan bakal mengiringi Jay lagi!

| Live TV