Events By: SGMS Faida July 13, 2019 @ 10:00am

Langkau Sempadan, ABPBH 32 Masuk Dua Kategori Baharu!

Meneruskan rekod cemerlang sebagai acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali dengan edisi ke-32 bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’. 

Tema baharu ini dipilih bagi mengiktiraf kejayaan artis tempatan mengangkat bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi benua. Kali ini, ABPBH 32 bakal menyaksikan kepelbagaian dalam pengisiannya menerusi semua platform. la merangkumi kandungan digital dan bercetak, media sosial, siri jelajah, aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik serta showcase istimewa yang dirancang sepanjang Julai, Ogos dan September depan. 

Semua acara ini berteraskan falsafah ABPBH yang selama ini bertitik tolak kepada keupayaan individu baik artis mahu pun peminat, meningkatkan keupayaan diri, mencabar kreativiti dan memburu impian menjadi yang terbaik dalam setiap lapangan. 

Tema ‘Melangkaui Sempadan’ ini juga sejajar dengan kematangan akhbar BH yang kini berpegang kepada slogan ‘Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat Malaysia melalui kandungan mantap dan menarik. 

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A. Majid berkata, BH sentiasa komited dalam menambah baik pengisian ABPBH dan memastikan acara anugerah ini relevan dalam mengukur populariti penggiat seni. 

“Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.

 “Langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton peminat tempatan, malah disaksikan penduduk dunia melalui penstriman, sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada majlis prapelancaran ABPBH 32 di Tamu Hotel & Suites di sini, semalam.

Turut hadir Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32; Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32 

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul A Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha. Alha Alfa menjadi Penaja Utama bagi ABPBH untuk dua tahun berturut-turut sejak 2018.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pavments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser, turut hadir bagi mewakili DuitNow yang menjadi Penaja Bersama ABPBH 32. 

PayNet adalah pengendali DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. 

Khaidir berkata, semakin ramai artis tempatan melebarkan sayap di pentas antarabangsa membuktikan bakat dan keupayaan anak Malaysia diiktiraf peminat yang mungkin tidak tahu menahu mengenai budaya serta keunikan negara ini. 

“Kami di BH, sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang seiring dengan slogan baru BH iaitu Wadah Pembaharuan,” katanya. 

Selain dua kategori baharu, sebanyak 13 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. 

Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular. 

Artis Selain itu, lima kategori online dipertandingkan iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom. 

Selain trofi utama, Bintang Paling Popular, ABPBH juga memberi pengiktirafan kepada anak seni yang banyak menabur jasa kepada industri seni hiburan iaitu Anugerah Sepanjang Hayat yang akan diumumkan pada malam kemuncak. 

Khaidir berkata, bagi menghangatkan ABPBH 32, dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat turut dirancang. Siri jelajah pertama akan berlangsung pada 3 Ogos 2019 di KOMTAR JBCC, Johor Bahru, disusuli pada 24 Ogos 2019 di Aman Sentral, Sungai Petani, Kedah. Turut dianjurkan program santai bersama kelab peminat iaitu #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 pada 7 September 2019 di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor. 

Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 22 September 2019. 

Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 32 turut ditaja oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Rool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi dan TONTON sebagai platform digital rasmi.

Sementara itu, Datuk Ahmad Zaini berkata, rekod ABPBH tahun lalu membuktikan eratnya hubungan artis, peminat dan media. 

“ABPBH 31 pada 7 Oktober tahun lalu merekodkan sejarah apabila lebih 24 juta undian diterima bagi 13 kategori utama dan lima kategori online yang dipertandingkan dalam tempoh undian selama sebulan,” katanya. 

Jumlah tontonan bagi ABPBH 31 juga mencatatkan rekod tontonan tertinggi hampir enam juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran, bermula jam 9 malam sehingga 12 malam. 

Proses undian ABPBH 32 boleh dilakukan melalui laman web www.abpbh.com.my bermula 15 Julai sehingga 14 Ogos. Calon perlu mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2018 hingga Disember 2018. 

Undian ABPBH 32 lebih menarik kerana peminat berpeluang menggandakan undian melalui langganan BH Digital dengan membuat pembayaran menggunakan sistem DuitNow. 

Mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah anugerah ‘People’s Choice’ yang terunggul anjuran BH yang diadakan setiap tahun bermula pada 1987. Ketika itu, ia dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular (APPP). Bertahan selama 32 tahun, ABPBH menjadi antara anugerah paling konsisten apabila ia diadakan setiap tahun. ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak anugerah. 

Penganjur menerima banyak pencalonan daripada semua syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem, stesen TV dan radio untuk artis dan selebriti di bawah naungan mereka. Pencalonan terbuka kepada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh produk diterbitkan iaitu Januari 2018 hingga Disember 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 May 2019

Jason Mraz相隔7年再来马!音乐传递「爱最重要」

42岁美国音乐才子Jason Mraz总是在音乐中传递「爱最重要」这次也不例外;他多次呼唤粉丝跟自己一起深呼吸转换心境,别在意别人眼光,最重要是做回自己。

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Cukup-Cukuplah Kontroversi, Raja Azmi Tak Mahu Lagi…

Seiring dengan peningkatan usia bakal menjengah 60 tahun pada Jun ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu kontroversi. “Pada usia ini saya mahu hidup tenang dan fokus pada dunia seni […]

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Word Searches Shoot Up Every Time BTS Releases Something New

They’ve indirectly become English teachers.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[Foto] “2 Bulan Je Kenal Tapi..” Tasha Shilla Kini Sah Bertunang Dengan Ahli Kewangan

Wah, berseri-seri nampaknya Tasha Shilla.. Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan pelakon Tasha Shilla. Terbaru, pelakon yang berusia 33 tahun itu kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli kewangan berusia 33 tahun. […]

Events Tue, 27 Aug 2019

Resorts World Genting Sets Fireworks in the Sky in Celebration of Merdeka

Stunning music-synchronized fireworks display at Resorts World Genting to mark Independence Day.

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Saleem Masih Hidup, SENIMAN Minta Netizen Jangan Terpedaya Berita Palsu

SENIMAN menadah tangan memohon kepada Allah supaya penyanyi Suci Dalam Debu itu segera sembuh seperti sedia kala. Insya Allah…

| Live TV