Trending By: Attiqah Mohd July 2, 2019 @ 7:16pm

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Zaman teknologi dan zaman telefon bimbit merupakan zaman yang paling mencabar buat anak-anak muda kini. 

Terbaru, seorang budak lelaki berumur 12 tahun dipercayai melakukan perbuatan tidak masuk akal apabila merogol anak asuhan ibunya yang baru berusia 4 tahun.

Rogol 3 Kali Sejak Ramadan Lalu

Perbuatan tersebut bukanlah kali pertama dilakukan, suspek yang kini berada di tahun enam sekolah rendah mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tiga kali pada Ramadan lalu. 

Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini.

Katanya, kejadian itu terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa,… mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.”

Pemeriksaan perubatan yang dijalankan mendapati terdapat kesan koyakan di kemaluan mangsa dari pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara turut pecah. 

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,” katanya.

Suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana obses dengan menonton video lucah di telefon bimbit. Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Batu Gajah, Perak. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Trending Thu, 14 Jun 2018

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Trending Thu, 3 Oct 2019

Research Says that Baking Might Be Your Best Therapy

You used to have to pay for a therapy, now you can eat your therapy.

| Live TV