Hiburan By: SGMS Enal June 8, 2019 @ 10:29pm

Aizat Sedih beraya tanpa Arwah.

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arwah ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arwah sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arwah bapanya.

“Meskipun, arwah dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arwah dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arwah. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gagal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Kalau betul pun apa salahnya kan, dua-dua pun tengah single…

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Calon Isteri? Sabar Dulu…

Penyanyi yang bakal membuat persembahan di konsert Exists Reunion 28 September ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, tetapi bercerai pada 2009.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Saksikan malam berprestij ASK2018 sebentar lagi!

Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Kantoi Dadah…Vokalis Kumpulan Rock Terkenal Ditahan!

Ujian saringan air kencing terhadap penyanyi berusia 43 tahun itu mendapati dia positif methamphetamine, amphetamin dan ganja.

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Giliran Zizi Kirana Pula Di Kecam Teruk

“Tak Perlu Nak Tutup Pun, Orang Tetap Mengata”

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

| Live TV