Hiburan By: SGMS Enal June 25, 2019 @ 9:16pm

Dikecam Pakai Baju Ketat, Shima Anuar ‘Sembur’ Balik Netizen

Pelakon, Shima Anuar membidas secara berhemah kritikan netizen terhadap pemakaiannya ketika sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Shima meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih bersikap skeptikal dan membuat tuduhan tanpa usul periksa. Justeru, pelakon yang dikenali menerusi filem Highland Tower itu mengambil pendekatan untuk memberi kepada individu berkenaan.

“Kenapa bodoh? Baju tu ketat? Bayi dalam kandungan tercekik? Tetapi sebelum itu, saya ingin bertanya sama ada awak pernah mendengar pakaian khas untuk wanita hamil? Atau dalam bahasa lebih mudah, baju mengandung?

“Kita hampir menjengah ke tahun 2020 tetapi sikap sesetengah pihak masih lagi berada di takuk yang sama. Tidak sangka masih ada yang tidak tahu mengenai baju atau kain yang direka khas untuk ibu mengandung.

“Bukan ingin mengaibkan sesiapa, cuma saya terkejut dengan komen dan kritikan yang dilemparkan sewenang-wenangnya. Sekarang ini netizen terlalu bebas melontarkan kata-kata tanpa batas, lebih bahaya kritikan dibuat tanpa usul periksa,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, Shima yang kini hamil lapan bulan teruja menantikan kelahiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. Malah, dia turut menanyakan ramalan jantina bayi mengikut bentuk kandungannya kepada netizen.

Isteri kepada Mohd Solih Toha itu berkata, dia dan suami tidak pernah merancang mengenai zuriat, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

云顶户外主题乐园即将营业!号召全国演艺人参与开幕仪式

如果您是一个充满热情、活力及拥有非凡才艺的表演者,云顶世界需要您!

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Jarang Kongsi Gambar Keluarga, Apa Alasan As’ad Motawh?

Single terbaharu As’ad bakal berada di channel Youtube milik remaja popular ini pada hari Jumaat bermula jam 9 malam!

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Apa Kes Gambit Makan Katak Ni?

Semoga ini dipermudahkan buat Gambit

Events Sat, 15 Feb 2020
Contest Mon, 27 May 2019
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

李俊颉「暖心POLO衫」三星期筹一万令吉

大马暖男歌手兼“艺人企业家” Victor李俊颉睽违6年再推新曲《记得我爱你》暖心POLO衫公益活动成功为雪州“温馨老人之家”筹获一万令吉建筑基金!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Jom Sertai Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019!

Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

| Live TV