Trending By: Attiqah Mohd June 25, 2019 @ 7:09pm

Lelaki Ini Kongsi 10 Tempat Paling Seram Di Malaysia, Nombor 8 Paling Seram!

Kisah seram dan mistik kat Malaysia ni memang menjadi makanan netizen.  Bila muncul je thread kisah seram di laman Twitter atau Facebook mesti akan menerima ribuan likes dan retweets kan? Ala..maklumlah kan netizen  kita memang gemar dengan kisah-kisah misteri macam ni.

Seorang lelaki di Twitter dikenali dengan nama akaun twiter aauskaply berkongsi 10 tempat paling menyeramkan di   Malaysia. Sehingga kini, threadnya menerima hampir 10k retweets. Jom kita tengok!

eh main-main pulak dia!

Hospital Lady Templar ni dah lama ditutup tetapi sewaktu hospital ni masih beroperasi terdapat pelbagai kisah mistik diceritakan. Menurut sumber, pekerja hospital selalu nampak roh pesakit berkeliaran,jelmaan lelaki serba putih, perempuan berambut panjang dan banyak lagi la penampakan kelibat misteri. Dengar pun dah rasa lain macam kan, guys?

Kellie’s Castle yang terletak di negeri Perak ni merupakan bangunan tinggalan, kalau korang ke Perak tempat ni antara tempat yang terkenal dengan cerita mistik. Antara cerita yang paling femes mesti la pasal kelibat penampakan kanak-kanak yang memakai baju lusuh, jeritan dan lolongan. Scarynya. 

Penjara Pudu merupakan bangunan berabad lamanya di Kuala Lumpur dan telah dirobohkan pada Disember 2012. Ada banyak versi pasal Penjara Pudu tetapi yang paling menakutkan adalah kisah banduan terakhir di bilik terakhir. Dipercayai terdapat sebuah potret yang dilukis oleh seorang banduan lama, potret tersebut akan mengeluarkan “cahaya” yang agak menyeramkan ketika waktu malam malah banduan yang akan ke tali gantung turut ditemani oleh ‘tangisan’ potret tersebut. Sumpah takut, guys!

Muzium Telekom ini merupakan salah satu bangunan tertukan di KL, malah bangunan ini masih dijaga dan diselia dengan baik. Tetapi, apa yang korang tak tahu ada terowong gelap di situ dan dikatakan sekitar terowong itu pernah menjadi tempat pembuangan mayat oleh tentera Jepun pada zaman dulu. Whaaaaat!

VI merupakan antara salah satu bangunan sekolah tertua di KL, ada sumber yang mengatakan VI pernah menjadi tempat kubu tawanan Jepun, tempat ini juga dipercayai tempat di mana mereka membuang dan menyeksa mayat yang ada. Biar betik!

Sebut je Karak Highway mesti la banyak kisah-kisah seram pasal highway ni kan. Ada yang nampak pontianak la, pochong la tapi kisah yang sinonim dengan Karak Highway mesti la kisah Volkswagen kuning yang dikatakan akan memotong kereta sebanyak lima atau enam kali. Dipercayai kisah di sebalik Volkswagen tu berlaku kerana pergaduhan suami isteri. Roh suami yang tidak tenang menghantui Volkswagen kuning tersebut. Seram!

Lokasi ni memang tak ramai yang tahu tapi terdapat pelbagai kisah mistik yang berlaku di sini. Bukit Putus terletak di Negeri Sembilan dan menjadi salah satu tempat kerap berlaku kemalangan yang meragut nyawa. Antara cerita popular adalah penampakan lelaki tak berkepala tersekat di pokok, kumpulan manusia membawa keranda bersama obor, pontianak dan langsuir dan sebagainya. 

         9. Tambun Inn Hotel.

Okay hotel ni pun dikira berhantu jugak. idk why dia berhantu. maybe sebab kita ganggu tempat dia kut. idk man.

but from what I’ve searched, selalunya pengunjung akan dengar bunyi perempuan2 menjerit. pic.twitter.com/m1ncjbaOre

— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 21, 2019

Kalau kisah hotel berhantu kat Malasyia memang boleh dikatakan semua hotel mempunyai kisah mistik tersendiri tetapi apa yang berlaku di Tambun Inn Hotel ni memang terkenal. Dikatakan pengunjung sering terdengar bunyi perempuan menjerit, bisikan-bisikan aneh yang membuatkan pengunjung terasa ingin membunuh diri dan banyak lagi la. Takut kan?

 

First World Hotel sangat lah terkenal di Genting Highlands menjadi tarikan utama buat pelawat terutamanya yang ingin menghabiskan masa dan duit di kasino. Hotel ini dipercayai sangat berhantu kerana terlalu ramai pengunjung yang membunuh diri akibat kalah dalam berjudi, kelibat penampakan entiti dan sebagainya masih menghantui hotel ini. 

sumber:https://twitter.com/aauskaply

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 19 Jan 2019

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Trending Sun, 5 Aug 2018

一则业配贴文赚408万「全球最强Instagram网红」是她!

网红力量有多可怕? Instagram 富豪榜上的第一名,一则贴文收入高达3,000 万元,大概是许多人几十年的薪水。

Trending Tue, 30 Jan 2018

Suami Hadiahkan Beg LV Palsu, Netizen Kecam Teruk

Suami Hadiahkan Beg LV Palsu , Isteri mengadu di page KRT kena kecam dengan netizen teruk!! Apa kes sebenarnya nie

Trending Mon, 30 Apr 2018

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

Trending Wed, 17 Oct 2018

Suunto 9 Menampilkan Fit Intelligent Technology

Mempunyai pelbagai teknologi pintar seperti bateri pintar yang direka untuk bertahan sehingga 120 jam, peringatan pintar dan ciri Suunto’s FusedTrack, yang menggabungkan GPS dan data sensor

Trending Wed, 3 Jan 2018

MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup

Siapa sangka, dia pernah dilayangkan kad merah satu ketika dahulu ketika bermain untuk pasukan negerinya dan apa yang menarik adalah sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman terbabit. Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dia digantung […]

Trending Tue, 28 Jan 2020

| Live TV