Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2019 @ 4:26pm

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arwah ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arwah sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arwah bapanya.

“Meskipun, arwah dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arwah dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arwah. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gagal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

《小孩不笨》童星洪赐健要结婚啦!

新加坡演员洪赐健2002年以梁智强执导的电影《小孩不笨》系列和《跑吧!孩子》爆红;16年后的他,在IG宣布即将成为人夫,晒与女友的婚纱照,感性告白:“距离婚礼只有42天,但我已迫不及待地想和你度过一生。”

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Artis Sendu? Giliran Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Vida

Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini dengan kontroversi ntah apa-apa!

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Senang ye? Tak payah pening-pening!

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Sazzy Falak Anti Pil Langsing Badan?

Makin cantik Sazzy ni kan, apa rahsianya?

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Juara AJL33, Siapa Finalis Pilihan Anda?

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan pembukaan daripada kumpulan Search dan DJ Fuzz yang pastinya memukau peminat dari dua genre muzik popular tepat jam 9 malam di TV3 sebentar saja lagi!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Tue, 15 May 2018

《原制原创大满秀》让“原制原创”与你说「520」

2018年《原制原创大满秀》将于5月19及20日,早上10时至晚上10时在蒲种IOI购物广场(IOI Mall Puchong)South Court盛大举行!

| Live TV