Hiburan By: SGMS Faida June 12, 2019 @ 10:00am

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Pelakon Yatt Hamzah mengumumkan bakal menerima kehadiran anak keempat tidak lama lagi.

Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, semalam.

“Sempena mengambil keberkatan Syawal, bonda ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat dan followers. Bonda kini hamil anak keempat.

“Alhamdulillah minggu terakhir puasa baru sempat ke klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih,” tulisnya.

Pelakon yang pernah membintangi filem Impak Maksima itu berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraannya.

“Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

“Amin Ya Rabb. OK sekarang ini, bonda nervous nak tambah satu lagi ni. Moga ALLAH permudahkan,” ujarnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Kelakar bila teringat masa mula2 perasan perut ni buncit. Mati2 ingat sympton kegemukan. Langsung tak syak preggy sbb fully bf baby mmg jarang period, so mmg xtahulah kalau preggy melainkan check. Tu yg x tahu sampailah masuk minggu terakhir Ramadhan, dah lain macam buncit ni, baru tergerak hati nak test dg pregnancy test dlu then baru ke klinik. Dalam hati mmg ragu2, mcm tak percaya sbb kesian Medina kan kecil lg. Baru setahun x puas bermanja takkanlah dah nk dpt adik. Tp bila tgk positive kat strip pregnancy test tu, terus terdiam dan terkejut. Mampu redha dlm syukur. . Lepas tu terus buat appointment utk Ultrasound di @klinik_anda_wangsa_melawati dg Dr Sakinah yg baik lg cantik tu, utk confirmkan pregnancy ni. Bila scan je terus muncul makhluk comel ciptaan Allah di skrin Ultrasound tu. Terus bergenang air mata. Speechless, walaupun dah 4 kali lalui fasa yg sama ni tp msh perasaan yg sama ku rasa, sebak, gembira, gementar. Pandang suami, dia senyum saja dg muka selambernya. Tapi tahu dia pun happy dan kalau boleh kali ni nk baby Boy. Alhamdulillah dr Sakinah kata baby masa tu berusia 10 minggu 4 hari dan dlm keadaan sihat cuma masih x nampak jantina krn msh terlalu kecil. Alhamdulillah TQ @klinik_anda_wangsa_melawati . Bonda ni pun kalau boleh nk boy sbb semua all 3 girls kan. Tp Kalau Allah nk bg Girl juga x kisah, asalkan baby sihat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah. Yg paling excited semestinya #theSucis Kak Nia & Iqlima. Yeayy, Bonda ada baby baru.. kata dorang. Medina pun dah tersengih2 tgk kakak2nya happy. Hehehe.. Tak tahu yg Bonda dah berpeluh2 memikirkan apa lah nasib Bonda nanti bila all 4 bergabung. Yg 3 ni pun Bonda dah collapse!? Doakanlah Bonda dan baby dlm perut ni sama2 kuat berjuang melayan kerenah 3 kakaknya, selamat dan sihat hinggalah hari dia berjumpa dg kakak2nya nanti. Aameen. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #anak2Bonda #SiBibirMerah #bondaYH #motherhood #mother #motherof3 #soontobemotherof4 #alhamdulillah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Untuk rekod, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang zuriat, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.

Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang zuriat perempuan iaitu Suci Hanania Malika, kini berusia tujuh tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Aliff Syukri Bingung Kucing Harga RM 50,000 Hilang

Alamak! Kucing Dodi lari masuk hutan belakang rumah.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Inul Daratista Tinggalkan Dunia Hiburan Demi Keluarga

Goyang Inul menjadi siulan di bibir anak muda dimana tarian yang mengasyikkan tetapi ..

Hiburan Sat, 5 May 2018

Lee El was Once So Broke, She Could Only Afford a Cup of Tea

It was tough for her before acting in Goblin and Hwayugi.

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Tak Mahu Penonton ‘Muak’, Mira Filzah Nekad Berehat

Walaupun ramai suka, saya tak mahu penonton bosan…

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Hiburan Sun, 7 Apr 2019
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

| Live TV