Filem By: SGMS Faida May 25, 2019 @ 3:34pm

’Think Big Big’ Sedia Tembus Pasaran China

Filem tempatan, ‘Think Big Big’ (TBB) yang diarahkan oleh pengarah prolifik Chiu Keng Guan kini bersedia untuk mengegarkan 10,900 buah pawagam di China dengan 60,079 tayangan. TBB akan memulakan tayangannya di sana bermula 24 Mei ini.

Syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China, China Film Group Corporation bersama syarikat filem lain seperti Huaxia, Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd. akan menjadi pengedar TBB di sana. Manakala, bahagian pemasaran akan digerakkan oleh syarikat media Beijing Aoweier Film&TV Culture Communication Co.LChiTD.

Penerimaan ini di peringkat antarabangsa membuktikan jalan cerita yang dihidangkan dalam filem ini sesuai dengan penonton sasaran universal.

Pengarah TBB, Chiu Keng Guan berkata, “Sebagai pengkarya filem di Malaysia, saya teruja apabila dapat peluang keemasan untuk mempersembahkan TBB buat penggemar dan penonton filem di China. Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di sana sama seperti mana penonton di Malaysia. Di zaman era serba canggih ketika ini, ada segelintir daripada kita yang suka memburu populariti di laman media sosial sehingga mengabaikan nilai-nilai murni. Saya harap elemen kejujuran yang diselitkan di dalam TBB, mampu memupuk kita untuk lebih menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menghargai diri sendiri.”

Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & MM2 Entertainment ini telah ditayangkan di pawagam tanah air dan Brunei pada Februari tahun lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.4 juta.- Utusan Borneo Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 May 2019

李欣怡和庄群施玩起游戏非一般凶狠!没事不要惹女人

《Durian Kaya Teh Tarik》首女女嘉宾!李欣怡和庄群施玩起游戏非一般凶狠~

Filem Tue, 3 Dec 2019
Filem Wed, 9 Jan 2019

CJ WOW Shop Now Available All Day on ntv7 and TV9!

Elevating your home shopping experience.

Filem Sat, 14 Dec 2019
Filem Wed, 17 Jul 2019

4 Reasons why “Kingdom” Should Be Your #1 Movie Pick for July!

A never seen before, the “manga” turned into real-life “Kingdom” will make you wanna gear up and wield up your sword once you’ve stepped out of the cinema!

Filem Tue, 30 Oct 2018
Filem Tue, 20 Aug 2019
Filem Mon, 23 Dec 2019
Filem Wed, 17 Jul 2019

一碗让主持人「陷入疯狂」的卤肉饭!

有没有想过一碗卤肉饭竟然可以让主持人吃得如此感动,如此失控,它的秘诀到底是什么呢?

| Live TV