Hiburan By: SGMS Faida May 28, 2019 @ 10:58am

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Sempena Aidilfitri tahun ini, TV3 mempersembahkan iklan raya ‘Hero Setulus Kasih’ yang menampilkan penyanyi Haqiem Rusli membawa watak sebagai pemuda kampung.

Sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh Haqiem kali ini adalah dia tampil tanpa kaca mata hitam. Rata-rata netizen teruja melihat sisi lain yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan ramai ini.

“ Saya membawa watak sebagai pemuda kampung yang bekerja di sebuah kedai runcit.

“ Secara jujurnya, saya minat berlakon tetapi tengok pada watak. Saya lebih selesa bawa watak orang susah atau berlakon dalam cerita sedih,” katanya kepada XTRA.

Menyentuh tentang penampilan tanpa kaca mata hitam di skrin, Haqiem mengaku tiada masalah untuk berbuat demikian demi menjayakan watak.

“ Mengenai buka spek hitam pula, takkan jadi budak kampung kerja dalam kedai runcit nak berspek hitam pula kan? Saya sanggup buka spek untuk bawakan watak Haqiem dengan lebih berkesan. Saya hanya akan berspek hitam ketika di pentas.

“ Alhamdulillah, saya okay dan seronok berlakon,”  ujarnya.

Iklan raya ‘Hero Setulus Ikhlas’ mengisahkan hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung boleh ditonton di laman Youtube TV3 bermula 24 Mei lalu. Nak tahu siapa ‘superhero’ di kampung itu, korang kena tengok okay?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Filem Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Eh…Macam Neelofa Tapi Bukan. Siapa Wanita Cantik Ini?

Sosok wajah Kylie juga bukan saja disamakan dengan Neelofa malah senyuman dan bentuk muka dikatakan mirip pelakon Fazura.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

李俊颉任「环保大使」330夜骑感受槟城

歌手Victor李俊颉受邀担任「茹素与骑行夜2019」环保大使,首次挑战夜骑,用不同的视角感受家乡槟城。

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Hiburan Sun, 5 May 2019

演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥

新加坡演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥~

Trending Hari Ini Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Flying Kiss’ Dua Lipa Hanya Untuk Hael Husaini?

Siapa sini, repeat video Hael lebih dari sekali angkat tangan!

| Live TV