Hiburan By: SGMS Faida May 26, 2019 @ 8:00pm

Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UITM, Tahniah Vivy Yusof!

Berikutan perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UITM), pengasas Fashion Valet Datin Vivy Yusof memaklumkan beliau akan melaksanakan tugas diamanahkan dengan baik.

“ Meremang bila saya lihat pengumuman ini. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan serta tugasan daripada Kementerian Pendidikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UITM termuda, salah sebuah universiti dikenali di Malaysia.

“ Saya sangat menghormati Pengerusi dan Ahli Lembaga yang lain atas usaha (terhadap UiTM) yang mereka lakukan.

“Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman yang sama namun saya harap saya dapat menyumbang idea segar dan membawa pembaharuan kepada UiTM dan bermanfaat dalam industri pendidikan,” tulisnya di Instagram. 

Berita lantikan itu turut dikongsi melalui Facebook rasmi UiTM.

Ucapan tahniah itu diterima daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta pengurusan UiTM.

Perlantikan Vivy menerima pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau.

Untuk rekod, usahawan terkenal ini menerima perhatian pelbagai pihak atas kejayaannya memasarkan ratusan jenama tempatan di bawah bumbung Fashion Valet.

Selain itu, beliau juga adalah pemilik dan pengasas kepada perniagaan dUCk yang merangkumi pelbagai barang wanita merangkumi tudung, alat solek dan alat tulis.

Vivy pernah memenangi banyak anugerah antaranya Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.

Pada April 2017, Vivy disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Wed, 15 May 2019

Biarlah Lambat Popular…

Biarlah lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.

Hiburan Wed, 12 Jun 2019
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Pematah Hati Ada Sambungan?

Kalau selalu anda dengar lagu duet, mesti bertema cinta kan? Kali ini Nabila dan Hael bakal bawakan sedikit perubahan!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Hiburan Mon, 7 May 2018

黎明姨安祥离世 享年90岁

90岁大马国宝级艺人拿督黎明,早前送入加护病房,日前才传出她精神良好及病情好转,然而却在周日(6日)早上11时许离世。

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Shuib Gembira Melihat Perubahan Siti Sarah

Shuib mengakui gembira melihat perubahan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang kini perlahan-lahan berhijab

| Live TV