Trending By: Attiqah Mohd May 14, 2019 @ 10:21am

Amaran Buat Netizen! Jangan Mudah Percaya Produk Kosmetik Local, Nur Sajat Kini Didakwa

Kata orang, kalau nak cantik ni kita sanggup buat apa saje kan? Walaupun benda tu boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri.

Umum mengetahui, produk kosmetik tempatan sememangnya berbahaya kerana mengandungi bahan kimia berbahaya dan tidak berdaftar.

Terbaru, usahawan kosmetik Nur Sajat didakwa memiliki 19 produk kosmetik yang tidak berdaftar dengan KKM. Sajat dilaporkan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bharu. Nur Sajat, 34, yang melakukan perbuatan itu di sebuah kedai yang menjalankan perniagaannya di Bandar Baru Uda, di sini, tahun lalu mengaku tidak bersalah.

Pada 15 Ogos lalu, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM 10,000. Ketika pemeriksaan dilakukan, Nur Sajat didapati tiada di premis tersebut.

Antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan produk kecantikan lain.

Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan ia satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Pendakwaan terhadap usahawan itu pula dilakukan mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.

Nur Sajat menerusi peguam belanya, memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya tidak pernah ingkar arahan mahkamah.

Walaubagaimanapun, Norasidah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan dan seorang penjamin serta 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Buat sesetengah netizen yang obses dengan produk kosmetik tempatan, korang jangan ambil mudah mengenai perkara macam ni. Salah guna produk, merana seumur hidup. Hati- hati ye guys. Nak cantik pun biarlah cantik secara sihat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Trending Fri, 13 Mar 2020

Seorang Wanita Buta Pernah Meramal Wabak Covid-19 Pada Tahun 1996!

SEORANG wanita pernah menggemparkan dunia suatu waktu dahulu apabila pernah membuat ramalan tentang Brexit, satu serangan menara berkembar WTC beberapa dekad lalu. Hari ini nama wanita itu mula diperkatakan dan menjadi perhatian sekali lagi apabila […]

Trending Mon, 19 Mar 2018

「枇杷膏」是调酒神配料?外国最惊奇新流行

外国网友近日发现「念慈庵川贝枇杷膏」除了止咳的效果非常好之外,且也是调酒界的「神级配料」!日前在美国更是被炒到天价70美元(约274令吉)的价格,比正常价格贵了10倍以上。

Trending Fri, 16 Nov 2018

Transformasi Selebriti ‘Sebelum-Selepas’ Popular Bakal Buat Kamu Terkejut

Memang berbeza betul…Apa rahsia mereka agaknya?

Trending Sat, 23 Nov 2019

Iman, Badak Sumbu Sumatera Mati Hari Ini

Terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser yang membuatkannya menanggung kesakitan berpanjangan

Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Wed, 18 Dec 2019

Diejek ‘Lady Boy’, Remaja Didakwa Tembak Mati Rakan

berhentilah sikap ejek mengejek yang boleh mengakibatkan kematian

Trending Tue, 21 May 2019
Trending Thu, 30 Aug 2018

| Live TV