Hiburan By: SGMS Fas May 12, 2019 @ 1:47pm

Cabaran Bersaing Dengan BBNU, Dazrin Sanggup Tolak Nasi!

Pelakon Dazrin Kamarudin mengaku hampir enam bulan tidak menjamah nasi demi mendapatkan bentuk tubuh ideal.

Dazrin ketika ditemui di majlis ulang tahunnya yang disambut bersama isteri tersayang, Zulin Razali  di Naan Lounge, Shah Alam semalam, memaklumkan dia pernah ‘ditegur’ oleh seorang produser mengenai berat badan.

“ Dengan lambakan pelakon muda dan kacak pada masa kini, saya perlu mencari strategi agar kekal mendapat perhatian produser.

“ Sudah sembilan tahun menjadi pelakon dengan diberi peluang memainkan pelbagai watak, saya akui kini berdepan dengan cabaran bersaing dengan pelakon baharu,” katanya kepada XTRA.

Kata pelakon berusia 31 tahun ini, dia juga pernah mengalami peningkatan berat badan mendadak sehingga ditegur oleh penggiat seni.

“ Salah seorang produser yang tak perlu saya sebutkan nama ada menyuruh saya menguruskan badan. Mula-mula saya terasa hati juga tetapi saya ambil ia sebagai teguran positif.

“ Selepas enam bulan menolak nasi dan melakukan ‘work out’, saya berjaya turun 17 kilogram. Bayangkan dari 88 kg ke 71 kg, saya hanya makan juadah tidak berminyak dan makanan yang dibakar sahaja. Alhamdulillah dengan saiz tubuh sekarang, saya menerima banyak tawaran berlakon,” akhiri Dazrin.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem XX Ray 3 ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Dirgahayu The Series dan beberapa buah drama terbitan Skop Productions.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

草蜢公开「征友」向大马导演自荐演技佳!

华语乐坛初代不老男团草蜢即将于今年11月重登云顶开唱!成员蔡一杰公开征友,希望大马歌迷充当导游,带着他们在大马游山玩水。

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

Events Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

| Live TV