Hiburan By: Attiqah Mohd April 5, 2019 @ 6:20pm

Britney Spears Masuk Hospital Mental?

Bintang Pop terkenal, Britney Spears dikhabarkan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital mental. Dalam satu status dimuat naik di Instagramnya, Britney melabelkan tindakannya itu sebagai “me time”

Berita ini diumumkan Britney pada Januari lalu apabila beliau mengambil keputusan untuk menarik diri daripada komitmen kerja dan konsert jelajah kerana ingin meluangkan masa bersama keluarganya selepas bapanya, Jamie dipercayai berada dalam keadaan genting akibat penyakit yang dihidapinya. 

Britney turut memuat naik status menjelaskan keputusannya itu di laman Instagram miliknya.

sumber:https://www.instagram.com/britneyspears/?hl=en

Menurut laporan TMZ, Britney Spears  mendaftarkan dirinya ke sebuah pusat sakit mental sejak seminggu lalu. Sumber terdekat turut melaporkan bahawa bapa kepada penyanyi yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu, “Baby One More Time” ini, berada dalam keadaan kritikal. Hal ini membuatkan Britney merasakan perkara ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani. 

“Hubungan mereka sangat rapat. Britney hanya mahukan sedikit masa untuk dirinya sendiri, “kata sumber kepada Reuters.

Jamie Spears, bapa kepada Britney bertanggungjawab membantu kerjaya seni anaknya apabila penyanyi sensasi itu berdepan dengan masalah dan kontroversi  pada tahun 2007. – Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Hiburan Thu, 31 May 2018

Jangan Bimbang Keadaan Saya

Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Kaka Azraff Selesa Single

Tanpa mempedulikan kata-kata orang, pelakon dan penyanyi, Kaka Azraff akui selesa hidup solo.

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
LIFESTYLE Tue, 27 Nov 2018

Pencarian Safari GROM Kembali Lagi, Jom Ke Cherating Pada 7-9 Disember Ini

Acara tahun ini juga terbuka kepada dua kategori iaitu shortboard dan longboard dan peserta bakal menang hadiah wang tunai RM 3000 dan Modenas Pulsar NS 200. Nak menang? Jumpa anda di sana okay? 

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Masih baru memegang pucuk pimpinan, bagilah peluang ok?

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru Dyana & YB Zairil!

| Live TV