Hiburan By: Ms OO April 1, 2019 @ 4:57pm

Pelakon Dan Penyanyi Popular Ini ‘Terlampau’ Bimbo Di FFM30?

Seperti sudah dapat dibaca, Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung dengan keputusan yang cukup menggembirakan penggiat seni tanah air ini nampaknya benar-benar berpihak kepada mereka yang sememangnya layak. Ini termasuklah kemenangan  filem One Two Jaga, Dukun dan Guang.

Namun, Miss OO terdengar juga disebalik kegemilangan malam berprestij itu, nampaknya pelbagai situasi kurang manis berlaku sebelum dan sepanjang acara berlangsung. Amboi bukan main lagi eh makcik dan pakcik bawang kat luar sana tu? Kalau gosip laju je.

Dengar cerita, adalah sorang pelakon dan penyanyi popular ni, ‘bimbo’ sangat sampai berkeras mahu suaminya naik ke atas pentas untuk mengumumkan Kategori Anugerah Khas Juri. Amboi, takkan rindu juga kot?

Menurut sumber Miss OO, berlaku sedikit kekecohan di belakang pentas apabila penyanyi dan pelakon yang selalu berulang-alik ke luar negara tu didakwa mendesak pihak produksi agar membenarkan suaminya naik sekali menemaninya.

Malah dia juga didakwa mengugut tidak mahu naik ke pentas sekiranya suami kesayangannya itu tidak bersama menemaninya walaupun, kalau diikutkan hanya penyampai anugerah saja dibenarkan naik dan mengumumkan pemenang setiap kategori.

Bukan itu sahaja, artis yang sudah ada nama besar dalam industri yang turut berada di belakang pentas menegur tindakan pelakon dan penyanyi popular itu yang dianggap tidak menghormati majlis, tetapi pelakon itu langsung buat endah tak endah. Aik, sampai macam tu sekali ke ‘manners’ penyanyi popular tu? Al-maklumlah kan, kalau dah jadi popular tu kenalah jaga adab, tak manis senior-senior tengok, betul tak? 

Betul, orang luar mungkin menganggap itu perkara biasa atau ‘lantaklah dia nak bawa suami’ tapi sebagai menghormati sebuah acara rasmi dan berprestij, bukankah sepatutnya kita menghormati aturcara yang sudah disediakan?

Lagi pun, rasanya tak nampak pula penyampai lain membawa pasangan mereka naik ke atas pentas untuk menyampaikan anugerah sebab menghormati majlis. Hurm!

Oh ya! Disebalik  kemenangan besar filem Crossroads : One Two Jaga, mungkin ramai penonton yang di’butakan’ dengan keadaan kerusi kosong yang tidak diisi sekali gus mencacatkan tontonan yang bersiaran secara langsung itu.

Dan, selepas sumber Miss OO ni tanya, rupa-rupanya cara pihak yang bertanggung jawab mengedar jemputan tidak peka dengan tuntutan mengisi tempat duduk.

Masakan tidak, difahamkan dari jumlah hampir 4,000 kad jemputan diedar, tak sampai separuh kad jemputan ‘main pas’ saja kepada persatuan anak seni.

Sepatutnya, selepas buat edaran jemputan, pihak bertanggung jawab kenalah ‘follow up’ dengan persatuan anak seni supaya tidaklah dewan nampak lopong.

Ini main lepas tangan dan hasilnya, shot kamera nampak tak cantik dan lesu, terutama selepas persembahan selingan hebat oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Itu belum lagi isu rakan-rakan media utama yang dilayan dengan sikap acuh tak acuh. Malah, bilik media tidak disediakan skrin untuk menyaksikan aktiviti yang sedang berlangsung tetapi mereka terpaksa pula curi-curi dengar saja dari pembesar suara yang dipasang di luar bilik media. 

Lebih membuatkan rakan-rakan media terkilan, press kit disediakan tidak mengandungi bahan utama seperti senarai Top 5 semua kategori. Setelah selesai acara barulah senarai Top 5 dan keputusan penuh diserahkan kepada mereka. 

Bagi Miss OO, andai nak berahsia sangat kepada penggiat seni mengenai senarai Top 5 sebelum FFM30, pihak bertanggung jawab sekurang-kurangnya berilah senarai Top 5 dalam press kit agar memudahkan tugas media ketika acara.

Sekurang-kurangnya, media hanya perlu untuk tanda ‘tick’ saja dan dapat membuat persediaan awal untuk menulis artikel masing-masing mengenai latar belakang acara.

Inilah akibatnya apabila urusan media tidak diserahkan kepada yang pakar, sehingga akhirnya menyusahkan ramai pihak. Kalau diikutkan banyak lagi isu belakang tabir yang berlaku dan boleh mencacatkan perjalanan FFM30 semalam. Kesiannya rakan-rakan media Miss OO, kalau mereka tak datang, confirm sia-sia je lah FFM30 ni kan?

Harap-harap, segala kelemahan berlaku dapat diperbaiki pada acara akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Did BTS’ Jin Lose a Bet? WTF is He Wearing?!

Big Hit Entertainment even released a statement regarding his outfit!

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Events Thu, 26 Sep 2019

SuperPark’s Bringing “Super” to Your SuperHalloween Experience With Promos to Die For!

Swap screams for laughter this Halloween at SuperPark Malaysia.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Sibuk Bisnes, Neelofa Umum Tarik Diri

Aduh…kenapa ni Lofa?

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

Sweet! Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’ Kami…

Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

‘ Cari Pelakon Baru Yang Boleh Berlakon, Jangan Menyusahkan Semua’ Shukri Yahaya Sindir Siapa?

Uish…marah betul ni. Sabar jap! Tapi betul juga apa yang Shukri tulis, teknik lakonan harus padu, pandai cari kamera. Untuk individu dimaksudkan itu, lain kali jangan buat lagi yer?

Events Fri, 18 Oct 2019

5 Perkara Menarik Yang Korang Patut Try Di Skytropolis Funland!

Buat korang yang tidak tahu mana nak pergi weekend ni, Skytropolis Funland Genting Highland ada jawapannya!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019

Now You Can Celebrate Malaysia Even After ‘Malaysia Day’ with Just RM1! Airbnb Has the Treat For You!

Still in the spirit of Malaysia Day, Airbnb invites you to four cultural activities for the most authentic Malaysian experience ever!

| Live TV