Events By: SGMS Faida March 29, 2019 @ 3:40pm

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Siapa yang tidak mengimpikan kehidupan senang di masa hadapan, betul tak? Namun begitu, adakah anda pasti wang benar-benar mampu memberikan kebahagiaan hingga akhir hayat? 

Saksikan perjalanan pelakon Amelia Henderson untuk mengejar populariti dan kemewahan dalam drama terbaharu Cinta Non Grata yang telah pun mula bersiaran pada 20 Mac lalu menerusi slot Lestary di TV3. Drama 20 episod ini turut membariskan pelakon hebat tanah air seperti Raja Afiq, Mona Allen, Edika Yusuf, Datin Maria Farida, Radhi Khalid , Adeline Tsen dan Esma Daniel.

Cinta Non Grata arahan Feroz Kader mengisahkan tentang Darlina (Amelia Henderson) yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim (Raja Afiq), seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.

Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini (Adeline Tsen) yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya, Haikal (Hafiz Bahari) yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki ( Edika Yusuf). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah (Datin Maria Farida) dan seorang anak perempuan Zatul (Mona Allen). Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.

Memiliki wajah yang tampan dan berstatus Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.

Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.

Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas? Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.  Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram tv3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.

Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Tiada Lagi Sambutan Meriah, Azharina Hormat Keadaan Bapa Di Hospital

Semoga Azharina terus dikurnia kesihatan lebih baik dan bahagia di samping anak-anak tersayang. Insha Allah…

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

KANG GARY REVEALS THE TRUTH ABOUT HIS FAMILY AND DISAPPEARANCE

When Kang Gary decided to leave Running Man, many people have been truly heartbroken. However, after that, he continued to give surprises as he suddenly got married and subsequently went missing from the public’s view.

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

| Live TV