Hiburan By: SGMS Faida March 27, 2019 @ 3:10pm

Awal, Scha Menang Saman RM345,305

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menang kes saman sekaligus memperoleh ganti rugi sebanyak RM 345,305 terhadap syarikat tekstil D’Haja (M) Sdn Bhd, hari ini. 

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata kemenangan ini bukan untuk meraih untung tetapi menuntut hak yang sudah dilaburkan. 

“Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan. Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, pada usia sekarang saya tidak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.

“Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur dan jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain,” katanya berharap perkara ini memberi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan perniagaan secara jujur.

Awal juga mengingatkan kepada rakan artis atau mana-mana pihak supaya memahami isi kandungan dan terma perjanjian sebelum menerima sebarang tawaran. 

“Apabila ada sesuatu perjanjian memang kena buat penelitian. Jangan disebabkan terlalu teruja nak buat perniagaan hingga lupa dan terlepas pandang terma penting. Nasihat saya kepada semua yang nak memulakan perniagaan dapatkan khidmat peguam. Pastikan baca dan faham kontrak sebelum yakin untuk meneruskan perjanjian,” katanya.

Pada 30 April lalu Scha dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan pasangan selebriti itu.- Harian Metro. 

Kredit: NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Tue, 15 May 2018

Betulkah Isteri Izzue Islam Amal Ilmu Hitam?

Namun, melihat kepada ketenangan Awin menangani masalah tersebut, Izzue agak terkilan dan sedih dengan sikap netizen pada masa sekarang

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

PERGI BERAMBUS! – UMIE AIDA

Beliau hanya mahu berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar terhadap keluarganya

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pasangan Diraja Ini Pilih ‘Lubuk’ Zika Untuk Bulan Madu?

Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan.

Events Fri, 25 Oct 2019

黄启铭因「饭盒」回归电视圈!张惠虹复出拍剧压力大

久违两年没接拍电视剧的黄启铭自爆因想念「饭盒」所以回归电视圈;而当了4年家庭主妇的「视后」张惠虹,终于也忍不住复出拍剧,直呼压力大!

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka…

| Live TV