Events By: SGMS Faida March 9, 2019 @ 10:59am

Bantu Golongan Sederhana, PKNS Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu juga selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, PKNS yakin pembinaan RMM yangdijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini.

“ Di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

“ Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya ditemui pada majlis pelancaran projek berkenaan.

Ujar Ishak, pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC)diperolehi pada pertengahan tahun 2021.

“ Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

“ Selain itu, Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX serta hanya mengambil masa 15 minit ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Malah, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain yang pastinya menjadi faktor utama diberi perhatian oleh bakal pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kediaman dan hartanah,” katanya.

Tambahnya, ia terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan bagi peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya.

Justeru, beliau menggesa penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

Pendaftaran katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian kerana LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.

“PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property, selain hubungi wakil jualan di talian 019-2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 dan pejabat Bangi 03-89262000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 21 Jul 2018

Minum Teh Hijau Untuk Kurus

Bukan perkara yang sukar dilaksanakan untuk kurus tetapi jika melakukannya dengan penuh displin pasti tercapai impian yang ada inginkan

LIFESTYLE Mon, 5 Aug 2019

做错更惨!这些运动恐成「老人杀手」

要活就要动,大家都知道运动有益身心健康、缓解生活压力,但并非所有运动都适合自己,还是得要「客制化」选择,尤其是上了年纪的民众更要留心「运动误区」 ,别盲目跟着别人一窝蜂乱做,很可能会有反效果招致受伤,本末倒置。

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

‘ Saya Pilih Jadi Isteri Ketiga Sebab…’ Wanita Ini Kongsi Pendapat Pilih Hidup Poligami

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Haryani Ithnen, dia menjelaskan mengapa memilih jalan untuk bergelar isteri ketiga.

LIFESTYLE Sat, 1 Jun 2019

Najis Anak Berdarah Apa Puncanya?

Najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka Ikuti beberapa langkah dan punca yang patut dibaca oleh semua ibu bapa […]

LIFESTYLE Mon, 29 Jul 2019

Bahaya Makan Makanan Pedas Boleh Hilang Ingatan

Nak makan pedas boleh tetapi kena berpada-pada ya!

LIFESTYLE Sun, 18 Nov 2018

Halia Lama Jangan Di Buang, Boleh Tanam Semula!

Kata orang tua, halia yang lama dah buruk dalam peti sejuk tidak perlu dibuang boleh tanam balik

Events Fri, 16 Nov 2018

#WinWithXtra: Catch Dora the Explorer LIVE in Resorts World Genting!

Stand a chance to win exclusive VIP tickets to the show.

Fab Foodies! Sun, 29 Jul 2018

不只苹果…6水果「连皮吃更好」你敢吃奇异果的皮吗?

不只苹果,这些水果的皮最好也吞下去!

Events Fri, 1 Jun 2018

MOBE Wujud Platform Promosikan Produk Dan Perkhidmatan

MOBE juga membawa platform dalam talian ke tapak di mana pemilik perniagaan atau usahawan dapat mempamerkan dan menjual produk mereka di luar talian selain, dapat menggalakkan  individu-individu lain yang ingin menubuhkan perniagaan dengan cara yang betul

Events Sun, 3 Mar 2019

Undian Bintang Bersama Bintang Di Sini!

Undian BBB2019 hanya di xtra.com.my!

| Live TV