Hiburan By: SGMS Faida March 7, 2019 @ 6:31pm

‘ Belum Pernah Saya Tak Bayar Gaji’- Che Ta Jawab Dakwaan Pemandu Peribadi

“ Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2000 hari ini . Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas,” kata pelakon Che Ta susulan dakwaan bekas pemandunya yang disifatkan tidak berasas.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta sudah berhubung dengan peguamnya untuk tindakan mahkamah. 

“ Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka. Saya belum pernah tidak membayar gajinya. 

“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa,” katanya.

Tambah Che Ta dia berada di luar atas urusan kerja dan tidak dapat masuk ke pejabat.

“Semalam pada tarikh 6 Februari saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi… tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” katanya. 

Menurut Che Ta lagi, pada bulan Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.

“Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000. Tapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1500.

“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari. Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin , maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya. Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri,” katanya.

Che turut menegaskan yang lelaki itu juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya.

Selama ini, Che Ta mengakui tidak pernah berdepan masalah dengan pemandu peribadinya.

“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.

“Ingat lagi masa awal dia (Muhammad Riduan) ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap … kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika. Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakamkan atau mengambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah

“Tak terdetik langsung nak buka aib dia ,” katanya.

Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.

“ Ketika ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya. Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu tidur ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

“ Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,” katanya.

Lelaki berusia 21 tahun itu membuat keputusan untuk mendedahkan kisah tidak dibayar gaji semalam di laman Facebooknya semalam.  

Ini membuatkan ramai netizen meninggalkan komen marah di laman Instagram Che Ta sejak malam tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Barisan Penyanyi Hebat Tanah Air Warnai Konsert Semalam Di Malaya

Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan di pentas yang sama pada 2009 ketika menjayakan Konsert Irama Warisan diiringi MPO. Hampir sedekad tidak beraksi di situ, perasaan gementar sudah pasti ada…

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Korea’s Kpop Industry “Big 3” Might Shift In 2020 With YG Leaving The Group

So which company will be joining the “Big 3” for 2020?

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Ezatty Abdullah Kerja Keras!

Bagi pelakon cantik manis ini, beliau turut mengakui sambutan daripada orang Johor sempena Festival Anggun Life yang diadakan baru-baru ini betul-betul mengkagumkan

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019
Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Tengah Sental Kuali, Tapi Selipar Kak Lina Pom Pom Yang Jadi Perhatian

Untungnya Azlan…pandai Kepom ambil hati keluarga Papa Awan Nano!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

“Menempah Bidan” Royal Ceremony Of Agung’s Daughter, Tunku Puteri Iman Afzan

Tengku Puteri Iman Afzan and Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah got married last year..

| Live TV