Hiburan By: SGMS Faida March 4, 2019 @ 11:37pm

Lima Komposer Bantu Zamani Hasilkan ‘Aduh’

Bagi terus mengekalkan momentum kerjaya seninya, penyanyi Zamani memulakan langkah pertamanya tahun ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir. Kini, sebagai pembuka lembaran seninya untuk tahun 2019, Zamani hadir mempertaruhkan karya terbarunya berjudul ‘Aduh’.

 ‘Aduh’ merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. ‘Aduh’ berkonsep pop kontemporari memberikan nafas baru kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini.

Walaupun kali ini tampil berbeza dari  kebiasaan, kemampuan Zamani untuk menghembuskan jiwa ke dalam lagu ini dengan kelunakan vokal dan penghayatannya adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Apatah lagi apabila senikata lagu ini bercerita tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian, suatu kisah yang mungkin bakal dikaitkan dengan pelantun lagu ini sendiri. Cubaan Zamani membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberikan sajian telinga dan perspektif yang berbeza buat penggemar tegar Zamani.

Penyanyi berusia 48 tahun ini mula mencipta populariti bersama kumpulan Slam menerusi lagu-lagu hits mereka, antaranya ‘Kembali Terjalin’, ‘Gerimis Mengundang’ dan ‘Tak Mungkin Berpaling’. Kali terakhir Zamani menerbitkan single pada tahun 2016 menerusi lagu ‘Tambatan Hati’.

Zamani menyifatkan ‘Aduh’ sebagai hadiah istimewa buat peminatnya yang tidak jemu menyokongnya selama ini. Zamani turut berharap agar taruhan terbarunya ini mendapat sambutan positif pendengar muzik tempatan.

 ‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 1 Mac 2019 lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

‘Mana Ada Merajuk…’- Raja Ema Teruja Bakal Berlakon Filem

Lama tak tengok Raja Ema berlakon kan? Tak sabarnya!

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

Trending Hari Ini Mon, 25 May 2020
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Yakin Bantuan Altimet, ArYanti Harap Tuah ‘Nak Apa Lagi’ Menjadi!

Wanita berusia 36 tahun ini berharap percubaan kali keduanya ini bakal membuahkan hasil, good luck ArYanti!

Hiburan Thu, 27 Feb 2020
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Dakwaan Disogok RM5 Juta, Polis Bakal Rekod Keterangan Farid Kamil

Pihak Polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

| Live TV