Hiburan By: SGMS Faida February 25, 2019 @ 3:04pm

Jom Sertai Farah Nabilah, Kilafairy, Tya Arifin Di Celebpreneur 2019

Tiga selebriti terkenal, Farah Nabilah, Kilafairy dan Tya Arifin yang turut menceburi dunia perniagaan akan terbabit menyertai siri jelajah Celebpreneur 2019 bermula 1 Mac ini di Holiday Villa Johor. 
 
Masing-masing akan mengisi slot perkongsian berkongsi perjalanan mereka memiliki produk jenama sendiri sekali gus menggalakkan orang ramai serta peminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan bergelar stokis dan agen.
 
Tiga produk yang dimaksudkan ialah jamu Mutyarabeauty dihasilkan Tya, produk penurunan berat badan dan kecantikan kulit Kilafit (Kilafairy) dan cecair kolagen Fawaabeauty (Farah Nabilah).  Ketiga produk berkenaan juga dihasilkan di bawah naungan A Klasse Essentials Sdn Bhd milik  Asyraf Khalid yang ditubuhkan sejak hampir dua tahun lalu.
 
“Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini dirancang di beberapa lokasi di seluruh negara. Selepas Johor, jelajah ini akan diteruskan di Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac). Ada beberapa lokasi lagi akan menyusul selepas itu. Penyertaan dan kemasukan adalah percuma. 
 
“Program ini dirancang dari jam 3 petang hingga ke malam. Selain tiga produk ini, A Klasse Essential turut menghasilkan vitamin minda untuk kanak-kanak, Jiwakukids by Arif Jiwa dan kosmetik Madame Izara (Izara Aishah).  Bagaimanapun untuk jelajah ini hanya Mutyarabeauty, Fawaabeauty dan Kilafit saja terbabit.
 
“Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis. Tya, Farah dan Kilafairy  akan diberi masa dalam sejam untuk berkongsi cerita dan perniagaan mereka. Saya akan menutup siri perkongsian ini dalam setiap siri jelajah yang dijadualkan,” katanya. 
 
Tambah Ashraf lagi, mereka yang mahu menjadi agen dan stokis boleh mendaftar terus di siri jelajah ini.
 
“Acara beramah mesra juga akan diadakan selain membuka ruang untuk mereka yang mahu daftar terus jadi agen dan stokis,” katanya.
 
Sementara itu, Tya yang juga isteri kepada Ashraf berharap ruang jelajah ini dapat menjadi medan terbaik berkongsi pengalamannya yang sudah mengkomersialkan jamu jenamanya sejak hampir setahun.
 
“Kebiasaan dan selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk dijamah orang tua sahaja. Tak kurang juga yang melihat jamu hanya amalan bagi wanita selepas bersalin. Sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita. Jika kita sendiri sebagai golongan wanita yang tidak menghargai semua itu, siapa lagi yang akan melakukannya.
 
“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita di luar sana yang percaya betapa peri pentingnya amalan ini.
 
“Saya juga harap kehadiran Mutyara Beauty ini dapat mengubah pandangan skeptikal itu dan diperluaskan lagi penggunaannya untuk semua wanita. Mutyara Beauty khususnya boleh diminum oleh perempuan di usia 16 tahun, mereka yang belum berkahwin hingga seterusnya. Bahkan saya mahu lihat ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda seperti saya untuk menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman diri,” kata Tya.
 
Tambah Tya lagi yang sedang hamil tujuh bulan anak kedua, dia berharap jelajah ini dapat jadi platform berkongsi peluang dan interaksi sekali gus menggalakkan golongan wanita membuat duit sampingan.
 
“Saya akan kongsi pengalaman sebelum jual jamu ini secara komersial dan bagaimana perjalanannya hingga kini,” kata Tya.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai acara ini boleh ke Instagram @celebpreneur2019 atau hubungi talian 0199093170

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Feb 2019
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

赛琳娜被嫌胖「0脏字反击酸民」粉丝泪赞

小天后赛琳娜(Selena Gomez)近日被狗仔偷拍到她穿着比基尼的模样,被网友狠酸身材走样;对此,她强调不会因此生气,也很喜欢自己的身体,高EQ回应获得粉丝疯赞。

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

八度空间「送Happy流动卡车」造势活动正式开跑

「送Happy流动卡车」造势活动将于2019年1月5日起正式开跑!

Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Ini Boyfriend Baru Elfira Loy!

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mereka keluar makan bersama membuatkan netizen mula membuat spekulasi apakah status sebenar El dan Asyraff Mazlan ini

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka…Saya tidak melatah.

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cantiknya Gambar Pre Wedding Fasha dan Aidil

Sama cantik sama padan tak sabar menunggu tarikhnya nanti disatukan

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Stail Hijab Makin ‘Wow’, Neelofa Curi Tumpuan Dunia!

Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Atas sebab itu…

| Live TV