Hiburan By: SGMS Faida February 15, 2019 @ 1:55pm

‘Tak Sempat Rasa Sakit Baby Dah Keluar’- Ayu Raudhah Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Keempat

Pelakon Ayu Raudhah mengumumkan selamat melahirkan anak keempat, semalam. 

Menerusi laman IGnya, isteri kepada pemain bola Zaquan Adha ini meluahkan rasa syukur apabila melahirkan anak lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan swasta. 

” Allah Hu Akbar! Syukur Ayu telah selamat melahirkan anak ke 4…It’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezekinya dan pengalaman setiap anak lain-lain apa pun. Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin.

” Rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat doctor sambut. Kali ni betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban dan contraction, bukaan 3 cm -10 cm dalam satu jam lebih,” luahnya gembira.

Kata pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini, Ayu lega apabila tidak mengalami sebarang komplikasi dan sakit pula hanya sekejap ketika melahirkan. 

” Maybe sebab anak ke empat. Sebelum ini baby girl memang la senang, sebelum tu 2 boys dengan bantuan epidurals so tak sempat nk rasa sakit.

” Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural sebab dia tak sanggup tengok Ayu sakit. Kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experiences besalin betul-betul sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap,” luahnya gembira.

 
 
 
View this post on Instagram

Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dh bersalin xsempat Doctor sambut.. kali ni betul2 rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah ank ke 4. Seblum ni baby girl mmg la senang, sblum tu 2boys dgn epidurals so xsempat nk rasa sakit. ?Suami kalau bole sumua ank dia nk suruh I ambik epidural dia x sanggup tgk ayu sakit. kali ni Allah bg rasa dan menikmati experiences besalin betul2 sama mcm org lain cuma cepat n sakit sekejap bersama org tersayang suami n mama bergilir gilir dkt labour room.?? Tq sayang sentiasa ada utk ada utk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja utk anak2 dia.. betul2 dak?! Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Erm.. kami xpernah merancang pun pasal Anak sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yg terbaik ,sentiasa bersyukur.. ? semoga Anak2 ku menjadi anak2 yg soleh Dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu?

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Ayu turut berterima kasih kepada suami dan ibunya yang menjaganya sepanjang berada di dalam hospital. 

” Terima kasih sentiasa ada utk ada untuk I @zaqone_08. Mama of course, mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia. Betul tak? Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta menjadi ladang pahala dan rezeki,” akhirinya.

Pasangan ini berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. 

Ayu dan Zaquan memiliki tiga cahaya mata comel iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4 dan Laura Zuleykha, setahun. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Sun, 18 Aug 2019
Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Janna Nick Artis Paling Mahal?

“Saya mengamalkan win-win situation …”

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Hanya Sampaikan Cerita, Drama Band Tiada Niat Cetus ‘Drama’

Drama Band sedia terima kritikan daripada netizen. Dalam masa sama, mereka memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa.

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

FROM COMEDIAN TO IDOL? WHAT DOES KANG HO DONG HAVE IN MIND?

Famous South Korean comedian, Kang Ho Dong has expressed his plans to become an idol!

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

#InstagramDarkMode Trending Di Twitter

Pengguna iPhone Dan Android Teruja Insta Jadi Gelap

Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

| Live TV