Hiburan By: SGMS Faida February 2, 2019 @ 3:16pm

‘Finalis Kali Ni Semua Telan Kaset’- Netizen Dah Tak Sabar Tengok AJL 33

Tinggal satu hari saja lagi, kita bakal ketahui lagu mana yang berjaya diangkat sebagai Juara Lagu bagi tahun 2018. Buat kali ke 33 penganjuran Anugerah Juara Lagu, rata-rata netizen berpendapat finalis AJL kali ini kesemuanya mampu menyanyi LIVE dengan baik. Pendek kata, ‘telan kaset’ punya suaralah! 

Buktinya, lihat sahaja persembahan beberapa finalis di Prelude AJL 33 yang berlangsung minggu lalu di KL Live, pecah beb! 

Kemampuan vokal Syamel tak perlu dipertikaikan lagi, Syamel merupakan juara vokal terbaik di AJL 32 menerusi lagu Aku Cinta bersama Ernie Zakri. Tetapi untuk tahun ini, Syamel bakal membuat kejutan dengan lagu rancak pula. 

Kalau di AJL 32, Ara Johari kurang berdepan dengan masalah kesihatan, tahun ini Ara berjanji untuk menjaga kesihatan lebih baik bagi mempamerkan persembahan bertenaga. Maklumlah, lagu ini memang banyak bahagian high note. Kata Ara ‘Saya hanya mahu kawal stage fright, yang lain semua okay’. 

Menjadi finalis yang terakhir membuat persembahan di AJL malam esok, lagu Sampai Bila disebut-sebut lagu yang bakal menang besar. Keunikan vokal Misha bukan rahsia lagi, masih ingat dengan persembahannya dengan Bunga-Bunga Cinta pada tahun 2003? Siapa tahu kan, Misha bakal mengulangi kejayaan seperti itu lagi. 

Penyanyi yang pernah merangkul trofi vokal terbaik untuk tiga tahun berturut-turut, Dayang Nurfaizah bakal berduet dengan Hael Husaini yang merupakan komposer kepada lagu Haram. Kata Dayang, segala persediaan berjalan dengan lancar dan dia berharap duetnya bersama Hael berjalan lancar. Maklumlah, selalunya dia perform seorang diri, untuk Haram dia perlu seimbangkan dari semua sudut. Good Luck Dayang & Hael Husaini! 

Maklumat lanjut mengenai AJL 33 boleh didapati dengan melayari www.xtra.com.my dan  perkongsian di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia. Jangan lupa saksikan AJL 33 pada jam 9 malam esok di TV3. Stay tune for more updates!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

Hiburan Fri, 24 May 2019

Tak Mahu Terkenal Kerana Gosip

Cita-Citata yang pernah diceraikan selepas perkahwinan selama sebulan sahaja memaklumkan tidak berminat terjerumus sebagai artis yang popular kerana gosip cinta.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Wed, 22 May 2019

Nash Pasang Niat Buat Konsert Solo Di IB Oktober Ini

Jika diizinkanNya konsert ‘Santai Legend Bersama Datuk Nash’ bakal menggegarkan pentas IB pada hari ulang tahunnya ke 60 pada 4 Oktober depan.

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

盛天俊陈子颖续「逆光之缘」三度合作

八度空间『原创强档』中文电视剧《守百年之约》日前进行开镜仪式!该剧是盛天俊和陈子颖继《逆光成长》和《春天花啦啦》后再演情侣。

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Events Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sesiapa Sahaja Berhak Untuk Memberi Komen atau Pendapat

“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik. ” Apa cerita nak tahu , jom baca

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Hebat! Anuar Zain Kini Bergelar Usahawan Serum

Produk Allevier setanding produk luar negara, jom dapatkannya hari ini guys!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Konsert Bruno Mars Kongsi Tarikh Dengan PRU-14

Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

| Live TV