Filem By: Salma Syahbuddin January 31, 2019 @ 6:52pm

Liyana Jasmay Tak Letak Sasaran Pada Bella Dan Jamie

Filem pertama terbitan syarikat produksi milik pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay iaitu Mermaid Production akhirnya menemui peminatnya hari ini di pawagam yang berhampiran.

Mengakui walaupun karya ini disimpan selama tiga tahun, namun Liyana Jasmay berasa puas kerana kos pembikinan filem in adalah hasil duit poketnya sendiri.

Sumber : Instagram @liyanajasmay

” Bella & Jamie membuka mata saya terhadap kerja penggambaran, terutama pasca produksi yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Manakala proses suntingan nya pula saya menyerahkan sebulat-bulatnya kepada Ghaz Abu Bakar kerana beliau lebih memahami kehendak penonton memandangkan saya lebih suka melihat filem yang tidak meleret”

“Penonton adalah bos dan saya perlu memberikan hasil yang memuaskan hati mereka. Walaupun saya perlu menunggu dan membelanjakan wang penerbitan drama semata-mata mahukan hasil yang menepati cita rasa penonton diluar sana.” Katanya

Tambahnya, Bella & Jamie turut mendapat bantuan daripada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki dan Ahmad Idham sebagai Sutradara filem ini.

” Ahmad Idham adalah orang pertama yang mengajar selok-belok proses menghantar produk akhir ke Skim Wajib Tayang untuk mendapatkan tarikh tayangan. Manakala, Afdlin antara individu yang saya pernah berkerja bersama-sama sejak kecil lagi.” Tambahnya.

Ketika ditanya mengenai target kutipan filem Bella & Jamie, Liyana Jasmay memberitahu beliau tidak meletakkan sasaran yang tinggi sebaliknya, menarik nafas lega sekiranya filem ini mampu mengaut kutipan sebanyak RM1 juta.  

Jadi, buat semua peminat Liyana Jasmay dan Juliana Evans, korang bolehlah menonton filem Bella Dan Jamie di pawagam yang berdekatan hari ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 20 Sep 2019

新人还是奇兵?好声音导师排兵布阵再出奇招

《中国好声音》本周将有一些从未在此前对战中出现过的学员们登台亮相,新鲜的嗓音令在座的导师和评审们都惊艳不已,到底他们能否力挽狂澜,再出奇迹?

Filem Thu, 26 Apr 2018

These 5 Quirky Korean Drama Characters are So Worth Falling in Love with

Be prepared to laugh til your stomach explodes.

Filem Tue, 5 Nov 2019

鍾瑾桦化身特别嘉宾!与《好吃!》一同找「辣魅」

马来西亚人对辣有一种特别的情怀,所以这集的主持人将化身为「辣哥辣妹」去寻找让人吃到脸红心跳的「辣魅」。

Filem Sat, 13 Jan 2018

《大娱乐家》6处和事实相反「原来……是假的!」

《大娱乐家》上映后获得台湾观众好评,精采的歌舞元素让观众看得过瘾,歌曲更是让人想一听再听,虽然电影是以历史人物巴纳姆(PT Barnum)为基底创作,但是仍有几个部分是不符合事实,《CinemaBlend》网站便整理出了6点,带你更深入认识相关故事。

Filem Sat, 3 Aug 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》网络版!两组人马玩转甲洞争当「Sales King」

《Durian Kaya Teh Tarik》网络版!当节目主持人遇上来自台湾的YouTuber,谁将会成为最后的Sales King呢?

Filem Mon, 16 Jul 2018

Loreal Paris Membawakan Pulang, Sebuah Karya Epik Arahan Khabir Bhatia

Bakal ditayangkan bermula 26 Julai ini diseluruh pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Pulang merupakan sebuah filem epik arahan Khabir Bhatia dan merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar 3 generasi pastinya bakal menggamit pengalaman tentang kehidupan pada zamn tersebut

Filem Wed, 18 Jul 2018

Cinema Filled with Tears as Pulang Moves Audiences

Everyone was so touched by the story.

Filem Wed, 23 Oct 2019

老社区的共生共存!走一趟成长里的回忆

你来自哪里?你成长的地方,现在还长得跟记忆里一样吗?你是否已经离开了你成长的社区?

Filem Thu, 28 Nov 2019
Filem Fri, 26 Oct 2018

Masihkah ada cinta di Mocha Kau Bahagia 2?

Masihkah ada cinta di Mocha Kau Bahagia 2?

| Live TV