Gaya Hidup By: tex_admin April 5, 2018 @ 5:28pm

Wajib Pergi 10 Tempat Ini Jika Anda Holiday Ke Langkawi

Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang menarik di Malaysia yang kaya dengan sejarahnya tersendiri dan juga menjadi tumpuan pelancongan bertaraf dunia. Memiliki keindahan semulajadi dan warisan geologi seperti gunung-ganang, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kalau anda nak tahu, Pulau Langkawi telah mendapat pengitirafan “Geopark” dari UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan) pada 1 June 2007. Kagumnya!

Pengiktirafan ini kerana Pulau Langkawi mempunyai pembentukan struktur batuan yang menarik yang dikelilingi oleh hutan purba, gua yang luas dengan stalaktit dan stalagmit, hutan paya bakau, gua laut, terowong semulajadi, hidupan liar serta air terjun. Anda mesti teruja kan nak pergi?

Selain itu, kalau anda nak pergi melancong ke pulau ini, anda bukan sahaja boleh menaiki feri tetapi boleh menaiki pesawat tau! Mudah dan senang sahaja, sebab itu pulau ini terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang ke Malaysia.

Foto: SAYS

Jadi, kepada anda yang sedang merancang untuk pergi ke Pulau Langkawi, ini antara 10 tempat yang wajib anda kunjungi.

1. Kota Mahsuri dan Makam Mahsuri

Foto: Naturallylangkawi

Anda mesti pernah dengar tentang lagenda Mahsuri ini kan? Kota Mahsuri merupakan tempat Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Menurut lagenda, Mahsuri adalah seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi untuk melawan tentera Siam. Ketika dibunuh, darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunannya.

 

Foto: Naturallylangkawi

Kalau anda mahu ke Kota Mahsuri ini, ia terletak di mukim Ulu Melaka iaitu 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Menariknya, Makam Mahsuri ini telah dibina semula dengan dilengkapi muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika dahulu. Tempat ini juga dikatakan dibina pada bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri.

2. Dataran Helang

Foto: DJI Spark

Di dataran ini anda berpeluang untuk melihat patung helang berwarna merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang. Ia dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Di samping itu, anda juga boleh berjalan santai dan mengabadikan gambar-gambar menarik di dataran ini. Anda wajib ke sini tau sebabnya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.

3. Laman Padi

Foto: Naturallylangkawi

Kalau anda tidak pernah melihat sawah padi, inilah masanya untuk berkunjung ke Laman padi ini yang beraspek eco-pelancongan. Menariknya, anda boleh belajar tentang budaya dan tamadun Melayu dalam bidang penanaman padi. Laman padi telah beroperasi daripada tahun 1988 sehingga kini dan mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar. Anda juga berpeluang untuk mengunjungi muzium dan sawah padi, dan anda juga boleh mencuba menanam padi secara tradisional.

4. Kereta Kabel Langkawi

Foto: Naturallylangkawi

Kereta kabel Langkawi ini antara yang paling seronok tau dekat Langkawi ini. Ia terletak di Gunung Mat Cincang yang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Kalau anda nak lihat keindahan gunung tersebut, jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel kerana ia merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Bukan itu sahaja, kereta kabel ini juga antara yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Selain itu, kereta kabel ini juga mempunyai 3 stesen iaitu stesen pertama jauhnya adalah 1700 meter terletak pada ketinggian 650 meter dan seterusnya anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya yang akan membawa anda ke puncak. Menariknya, anda akan berpeluang untuk melihat keindahan Laut Hindi, Laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan lebih jelas. Sangat menarik!

5. Langkawi Sky Bridge

Foto: Naturallylangkawi

Langkawi Sky Bridge merupakan jambatan yang melengkung yang terletak di atas puncak Gunung Mat Cincang. Selain itu, jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung. Jika anda ingin ke jambatan ini, anda perlu menaiki kereta kabel. Jangan lepaskan peluang anda untuk menghirup udara segar di atas jambatan ini ok!

6. Underwater World Langkawi

Foto: Langkawi Travel Guide

Bagi anda yang mempunyai anak-anak pasti mereka akan suka jika anda mengunjungi Underwater World Langkawi ini. Kalau anda nak tahu, Underwater World Langkawi ini merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan anda akan berpeluang untuk melihat 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Selain itu, anda juga boleh merasai keseronokan melihat penguin, ikan jerung, singa laut dan ikan Arapaima dengan lebih dekat. Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda. Terujanya!

7. Langkawi Bird Paradise

Foto: Tripcarte.asia

Taman Burung Langkawi antara lokasi yang sesuai untuk anda sekeluarga dan ia juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park yang telah beroperasi sejak tahun 2002. Ia merupakan hutan tropikal yang didiami oleh 2500 ekor burung exotic yang terdiri daripada 150 spesis burung yang berlainan. Waktu inilah yang sesuai untuk anda mengenali pelbagai jenis burung! 

Foto: JomJalan

Taman burung ini juga merupakan taman yang tertutup dan dilindungi oleh dinding setinggi 15 meter. Menariknya, apabila anda berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat burung berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direka cipta untuk menyamai habitat semula jadi burung-burung ini. Terdapat juga air terjun buatan manusia di dalam taman ini.

8. Air Terjun Telaga Tujuh

Foto: Naturallylangkawi

Jika anda suka akan ketenangan secara semula jadi, anda boleh pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh yang terletak di Gunung Mat Cincang. Bunyi air terjun sudah cukup membuatkan anda rasa tenang selain udaranya yang cukup segar! Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semula jadi yang berasingan. Sungguh menakjubkan! Kalau anda berani bolehlah panjat ke atas air terjun ini, tetapi hati-hati ya! 

9. Taman Buaya Langkawi

Foto: Naturallylangkawi

Anda juga boleh pergi ke taman buaya yang terletak 32 km dari Pekan Kuah untuk melihat secara dekat tentang habitat semulajadi buaya. Taman buaya ini mempunyai hampir 1,000 ekor buaya yang dipamerkan dan ia diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan iaitu kolam pembiakan, kolam pemakanan dan kolam pertunjukan. Menariknya apabila anda datang ke taman buaya ini adalah dapat menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang akan diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih. 

10. Pekan Kuah

Foto: Naturallylangkawi

Pekan Kuah antara lokasi yang pasti akan dikunjungi oleh mereka yang datang bercuti ke Langkawi. Hal ini kerana, barang-barang yang dijual di Pekan Kuah ini adalah bebas cukai dan disebabkan itu pekan ini menjadi syurga membeli belah kepada mereka yang mencari barang murah. Antara barang yang popular yang dijual di sini adalah coklat import jenama antarabangsa, set pinggan mangkuk, barang dapur dan minyak gamat. 

Selain itu, anda juga boleh mencari pelbagai jenis makanan menarik. Anda boleh memilih untuk menjamu selera dengan hidangan seperti nasi kandar hingga ke makanan laut segar.

Semua tempat-tempat yang kami senaraikan sangat menarik kan? Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke semua lokasi tersebut ok! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Selamat bercuti!

Sumber: Maisinggah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 8 Feb 2018

Nasi Tak Salah, Tapi Ada Makanan Yang Lebih Bagus

Mengapa setiap kali berdiet, ramai orang yang seboleh-bolehnya tidak mahu makan nasi? Biarpun ramai pakar pemakanan mengatakan nasi tak salah, namun masih ramai yang percaya nasi buat badan membulat!

Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

Gaya Hidup Mon, 19 Feb 2018

Bukan Sekadar Berlari, Rupanya 4 Teknik Senaman Ini Dapat Bakar Lebih Banyak Kalori!

Kalau bercakap mengenai senaman, mesti anda akan ingat berlari adalah teknik yang paling mujarab untuk bakar lemak. Tapi bagaimana pula untuk orang yang tak suka berlari? 

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bukan Seperti Typical Kafe Yang Lain, Kafe Lads & Lassies Beri Anda Sejuta Kelainan!

Melangkah masuk ke Lads & Lassies, sepertinya berada dalam kebanyakan kafe di Eropah. Suasana ‘laid back’, berlatarkan seleksi irama popular  lagu-lagu Barat era 90-an, terasa tenang.

Kafe dua tingkat terdapat salon rambut di aras atas itu, turut terdapat sudut bacaan.  Naskah seperti novel dan biografi membabitkan tokoh-tokoh dunia selain tulisan mengenai penyiasatan dan perundangan, memenuhi rak-rak buku.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk pengguna tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali kalau kita terkena air atau minyak panas mesti kita akan panik kan?

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Jom Sejukkan Tekak Anda Dengan ‘Inside Scoop’! Lebih 31 Perisa Yang Boleh Anda Cuba

Ais krim merupakan dessert yang disukai oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat!

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Ini 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia. No. 2 Gerenti Buat Tekak Anda Loya

Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan konsep dekorasi yang hebat, pastinya membangkitkan keterujaan untuk pengunjung kembali semuala ke restoran anda.

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Sah! Lelaki Lebih Suka Bergosip Daripada Wanita Bahkan Topik Umpatan Mereka Lebih Bahaya

Gelaran Kiah Propa, Kak Bed, Sis Posto, Kak Nam dan terbaru, Makcik Bawang, menggambarkan sikap kelompok wanita yang suka mengata dan menyebarkan fitnah.

| Live TV