Hiburan By: SGMS Faida December 13, 2018 @ 1:43pm

#AnggunLife : Karl Syafek Nafi Berhenti Berlakon, Bakal Buat Comeback Tahun 2019

Pengacara Karl Syafek memaklumkan sudah siap sedia untuk kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan bermula tahun depan.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim berkata tahun 2019 bakal menyaksikan dirinya kembali bergiat aktif dalam dunia teater.

“ Sudah lama saya tak berlakon. Saya juga rindu untuk muncul di kaca televisyen namun rezeki saya lebih dalam bidang perniagaan dan pengacaraan.

“ Dalam masa sama, saya kini sibuk mengembangkan perniagaan jenama baju keluaran saya sendiri iaitu Neonate Company sepanjang tahun ini. Insya Allah awal tahun depan saya akan kembali berlakon dalam sebuah teater di mana saya juga bertindak sebagai penerbit teater berkenaan,” katanya kepada xtra.com.

Antara teater lakonan Karl Syafek ialah Maduku Kalut, Tenggelamnya Kapal Van der Wjick dan terbaru Ombak Rindu yang pernah dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya.

Sementara itu, jejaka berusia 36 tahun ini ketika ditemui di karnival Anggun Life memaklumkan dia bersyukur apabila perniagaanya sudah beroperasi memasuki tahun keempat.  

“ Saya bersyukur dengan sambutan yang cukup menggalakan malah jenama saya turut mendapat perhatian pembeli dari luar negara.

“ Selain itu, ramai juga yang bertanya kenapa saya tak mahu membuka restoran sedangkan saya merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti, sebelum ini.

“ Bukan saya tidak berminat memasak tetapi saya lebih cenderung dalam bidang fesyen. Saya sendiri suka bergaya orangnya. Tidak salah saya mengetengahkan minat sekaligus dapat menjana wang. Saya juga dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat dengan menghasilkan rekaan menarik untuk digayakan,” akhirinya.

Selain itu, anak jati Pekan, Pahang ini pernah mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O, Chupp TV9, 3 Hari 2 Malam dan Hip TV.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

“Takkan Kita Tidur Dengan Bau Bawang Dan Cili?” – Jasmin Hamid

Betul juga tu…kebersihan dan penampilan diri amat penting, tak kiralah dah berkahwin atau belum.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

四人飙唱《不曾告别》摇滚版!潘越云、齐豫、娃娃和郑怡「云顶开战」

华语乐坛跨时代的「仙级」女歌手齐豫、潘越云、郑怡和娃娃(金智娟)将于11月10日(星期六)在云顶云星剧场首度同台开唱!

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Mon, 6 May 2019

打下辽阔江山帅气返场!鍾瑾桦发行中文单曲《被你宠爱》

打下辽阔江山帅气返场,Alvin鍾瑾桦发行久违中文新单曲《被你宠爱》高调直抒被黑心声。

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Teater Bangsawan Badang Bakal Di Pentaskan?

Jom pi tengok ramai-ramai!

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

无线「第一代」首席小生陈振华病逝

据香港媒体报道,70年代著名电视演员陈振华日前于香港九龙圣德肋撒医院因生病离世,终年78岁;据悉,晚年的他视力和听力衰退,就连热忱的看相命理也被迫放弃。

| Live TV