LIFESTYLE By: SGMS Enal November 1, 2018 @ 8:26am

Hanya Kerana Pisang, Usus Adik Ini Hampir Pecah

kebaikan pisang dengan kandungan kaya nutrisi, vitamin dan zat besi.  Selain dijadikan sebagai menu pencuci mulut, pisang juga sentiasa dijadikan sebagai pengganti makanan utama untuk mereka yang sedang diet.

Tapi, tahukah kita keburukannya jika diambil secara berlebihan? Pisang sering kali dimanfaatkan sebagai salah satu cara mengubati sembelit.  Tapi satu kajian menunjukkan bahawa pisang tidak matang akan memberi kesan kepada pencernaan serta menyukarkan proses pembuangan air besar.

Coretan daripada ibu, Niena Samsir berkongsi pengalaman anaknya sendiri yang mengalami kesukaran membuang air kerana pengambilan pisang.  Mari kita baca perkongsiannya.  Semoga bermanfaat.

#KISAH_APRIL2017

Scroll album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.

Waktu tu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.

Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)

Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut da keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka

Doctor check, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).

Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni)

Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.

Doctor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.

Dua kali Doctor cuba, tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.

Doctor kata, kena buat operation jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!

Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doctor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.

Habis tu, Doctor pakar datang. Tengok result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.

Tiub yang ada besar, doctor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.

Alhamdulillah, doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.

Bila borak dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor explain gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.

Dan, paling buat kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.

Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.

Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.

Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.

Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.

Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?

Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.

Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.

#HanyaKeranaPisang

Sumber: Niena Samsir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

Craving for a Delicious Big Slab of Gorgeously Grilled Steak? Go to DoubleTree JB!

It’s a beautiful marbled meat grilled to perfection.

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

「世界最长城市溜索开幕」边溜边欣赏伦敦

你可能没想过,原来现在世界许多大城都流行起「城市溜索」的玩法,现在世界上最快、最长的溜索出现在伦敦南部的大主教公园,溜索总长225公尺,时速可达80公里,不仅有点挑战性,更提供了城市的新体验。

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

8 Reasons Why Ipoh is the Best Place for a Weekend Getaway

Ipoh is a truly amazing and underrated city. Not convinced? Check these 8 reasons out and you’ll change your mind.

Fab Foodies! Sat, 23 Jun 2018

Argh, Berat Naik Lepas Raya. Apa Perlu Kamu Buat?

Hindari diri daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi.

LIFESTYLE Mon, 24 Sep 2018

彩妆大师小凯101携全新彩妆品牌来马

相信大马人对小凯老师并不陌生,但这次他带着亲自研发的全新彩妆品牌来马,于10月1日进行唯一的一场见面会。

Fab Foodies! Sun, 16 Sep 2018

Jeruk Kulit Limau Dari China Dikesan Ada Plumbum

Sebuah produk jeruk kulit limau yang berasal daripada China dikesan mengandungi plumbum melebihi had yang ditetapkan, menurut laporan akhbar tempatan, South China Morning Post. Produk yang terkenal di negara Tembok Besar itu turut dipasarkan kepada […]

LIFESTYLE Mon, 8 Jul 2019

Pentingnya MedicAlert Untuk Pesakit Alzheimer

Jika nampak ini “MedicAlert- Alzheimer, Hypertension 016-400678x” bermaksud cepat-cepat hubungi no tertera pada gelang itu

Events Fri, 22 Mar 2019

Tak Perlu Terbang Jauh, Ayuh Raikan Festival Songkran Di Setia City Oval Lawn!

Jom meriahkan ‘perang’ air pada 13-14 April depan di Setia City Oval Lawn dengan kehadiran ramai artis popular antarabangsa dan tanah air!

LIFESTYLE Sun, 23 Jun 2019

“Masuk ICU, Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman (ANEC)”

Seorang pengguna Facebook, Siti Hajjar Hassan mengimbau kembali memori bersama anaknya, Nur Ain Aqilah, 3,  yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada Ramadhan tahun lalu. Subuh pada 5 Ramadhan 1439H kakak terjaga dari tidur dengan muka ketakutan […]

LIFESTYLE Fri, 10 Jan 2020

Pengering Tangan Dalam Tandas Ada Bakteria?

Tidak salah menggunakannya tetapi awas ada bakteria juga di pengering yang ada dalam tandas!

| Live TV