TECH By: Rosli Ab Rahman February 2, 2019 @ 1:42pm

Jangan Panggil Semula Atau Jawab Panggilan Antarabangsa Yang Tak Dikenali

Baru-baru ini pengguna Celcom menerima mesej yang menyatakan, terdapat peningkatan dari nombor yang tidak dikenali yang berasal dari Maldives. Nombor ini bermula dengan angka +9607. Tambah Celcom lagi, ia mungin panggilan yang cuba membuat penipuan, jadi adalah lebih baik untuk tidak menjawab atau memanggilnya semula.

 

 

Sebenarnya panggilan ini tidak ubah seperti kes Miss Call Wangiri. Penipuan Wangiri adalah satu cara di mana pemanggil akan membuat panggilan, tetapi dalam satu nada dering sahaja terus diputuskan panggilan.

Ini akan meninggalkan notis Missed Call di telefon penerima. Kebiasannya, panggilan Wangiri ini diuruskan oleh sistem komputer, yang akan membuat beribu panggilan ke nombor berlainan secara rawak.

Buat mereka yang tidak tahu atau menyemak dahulu nombor telefon tadi, pasti akan memanggil semula nombor Miss Call itu. Jika ia suatu penipuan, ia mungkin akan menyambungkan pemanggil ke suatu nombor premium di luar negara, yang mengenakan kadar melampau tinggi kepada pemanggil. Ini dilakukan kerana mereka menerima komisen pada setiap minit panggilan berkadar terlampau itu.

Untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan panggilan antarabangsa ini, TheSkop cadangkan anda memasang aplikasi Whoscall atau TrueCaller di telefon pintar anda. Aplikasi ini boleh membantu mengesan nombor yang tidak dikenali, melalui carian di internet serta perkongsian orang ramai. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore:

  • Whoscall – Apple Appstore, Google Playstore
  • TrueCaller – Apple Appstore, Google Playstore

Setiap kali panggilan tidak dikenali atau tidak terdapat di dalam buku telefon anda masuk, aplikasi ini akan mengeluarkan pop-up dan memberitahu siapakah pemanggil, itupun jika nombor itu terdapat di dalam pengkalan data mereka.

Selain menggunakan aplikasi tadi, CFM Malaysia mencadangkan tiga tips untuk membantu anda tidak menjadi mangsa penipuan panggilan ini.

View image on Twitter
 
View image on Twitter 
                                                                     

PERTAMA, jika tidak kenal nombor tersebut, jangan panggil semula. Jika ianya panggilan yang penting, pastinya pemanggil tadi akan memanggil anda semula.

KEDUA, jika anda betul-betul mahu memanggil semula, cuba Google dahulu nombor tersebut. Mungkin ada orang lain yang berpengalaman dengan nombor itu, berkongsinya di dunia internet.

KETIGA, jika anda jarang membuat panggilan ke luar negara, anda boleh meminta syarikat telekomunikasi anda untuk menghalang panggilan ke luar negara di talian anda.

Jangan biarkan diri anda, mahupun keluarga dan rakan handai menjadi mangsa penipuan panggilan antarabangsa ini. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 5 Dec 2017

IMBASAN TAPAK TANGAN HADIAH DARI SAMSUNG

Kalau Apple memperkenalkan sistem thumbprint dan face ID untuk Iphone keluaran terbarunya, kali ini Samsung pula bakal menaik taraf telefon keluarannya dengan memperkenalkan sistem imbasan tapak tangan. Menarik bukan?

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

TECH Tue, 4 Sep 2018

Jimat Data Internet, Berkesan dan Mudah Dilaksanakan

Ini adalah antara contoh bagaimana ingin menjimat data internet anda yang sering habis kuota dengan segera.

TECH Thu, 8 Mar 2018

9 Teknologi Menakjubkan!

Di zaman teknologi dan digital ini, bermacam-macam teknologi dicipta oleh manusia-manusia yang suka berinovasi. Mari kita lihat beberapa penemuan teknologi yang dapat di kategorikan sebagai sangat berinovasi dan menakjubkan yang mungkin tidak ketahui oleh semua […]

TECH Tue, 26 Feb 2019

These 5 New Nokia Smartphones Will Bring You a New Kind of Intelligent Experience

Have you ever seen FIVE cameras on ONE single smartphone?

TECH Sat, 14 Dec 2019

Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj SST Sebanyak 6%

Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun 2020

TECH Sat, 14 Sep 2019

Tahukah Youtube Boleh Dijadikan Pemain Lagu di iPhone

Selamat mencuba dan berseronok sambil mendengar lagu.

Automobile Mon, 20 May 2019
TECH Thu, 29 Nov 2018

网红拍片新利器!号称四秒安装的摄影脚架

许多人图个出国方便,只带台手机和类单包办所有照片,回来放大细看,才扼腕各种花式手抖破坏了一辈子一次的合影机会。到底有没有轻盈不占空间、又能迅速架好的固定器呢?

| Live TV