TECH By: SGMS Putri July 26, 2019 @ 10:43am

Ini Cara Padamkan “Watch History” !!!

Pernahkah anda masuk ke dalam YouTube dengan niat untuk melihat sorotan perlawanan bola sepak, namun sejam kemudian berakhir di video lelaki memakai kostum kucing sedang bermain drum.

Kadang-kadang ada juga video-video pelik yang kita tonton tanpa sengaja (mungkin sengaja bila nampak thumbail pelik) dan memalukan jika diketahui rakan-rakan yang lain.

Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.

Pergi ke bahagian Settings dan teruskan ke bahagian History.

Setelah itu paparan akan menunjukkan beberapa bahagian seperti Watch History, Search History dan lain-lain. Untuk lihat senarai video yang telah ditonton, boleh pilih Watch History.

Untuk padam semua video yang ditonton, tekan Clear All Watch History. Jika mahu memadam beberapa video sahaja, tekan ke Manage All Activity.

Sekiranya tidak mahu YouTube menyimpan sejarah tontonan, anda boleh tekan Pause Watch History dan ia boleh diaktifkan semula pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Bagi sejarah carian, anda boleh tekan pada Search History dengan diikuti langkah yang sama.

sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 20 Aug 2018
TECH Tue, 21 Jan 2020

Cara Melakukan Tetapan Kad Kredit Pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang gemar memebeli belah secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan kad kredit dengan pelayar chrome untuk memudahkan proses pembayaran atas talian. Pertama sekali buka aplikasi […]

TECH Mon, 10 Dec 2018

Cara Bersihkan Jack Audio yang Tersumbat

Pernahkah anda mengalami gangguan dalam bicu audio pada telefon pintar kegemaran anda? Jika ya, anda boleh mencuba petua berikut dan menggunakannya.

TECH Sat, 10 Nov 2018

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

Ketahui cara-cara menyunting gambar anda kepada passport.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Honor Note Bakal Buat Kemunculan Semula Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun sejak peranti Honor Note 8 diperkenalkan, siri berkenaan akan kembali semula tahun ini dengan peranti Honor Note 10. Ia telah disahkan sendiri oleh presiden Honor, Zhao Ming melalui akaun Weibo beliau semalam. Kredit : GSMArena Peranti ini […]

TECH Fri, 28 Sep 2018

Of Public Transportation, Car Sharing Application, and Fashion

And all these brands are local! #SupportLocal

TECH Fri, 28 Sep 2018

Tips Supaya Komputer Anda Tidak Terkena Virus

Tahukah anda salah satu mudahnya anda dijangkiti virus kerana anda mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di dalam laman sesawang.

TECH Fri, 15 Dec 2017

Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai wifi@unifi

Dahulunya dikenali sebagai TM WiFi, ia merupakan satu perkhidmatan dari TM Malaysia yang menyediakan kemudahan WiFi untuk kawasan awam di lebih 4000 lokasi seluruh negara. Terbaru, syarikat komunikasi gergasi negara itu telah mengumumkan penjenamaan semula […]

TECH Thu, 27 Dec 2018

Inilah cara Qualcomm Membuat Snapdragon 855 5G

Prestasi yang lebih pantas, keupayaan AI yang lebih bijak, sokongan Sonic Sensor 3D dan sokongan Qualcomm Elite Gaming. Begitulah cara Qualcomm mencipta Sistem terbaru di Chip (SoC), Snapdragon 855.

TECH Mon, 25 Jun 2018

Kongsi WiFi iPhone Tanpa Mendedahkan Kata Laluannya

Perkara ini sudah biasa kepada pengguna Android, namun kepada pengguna iPhone dengan iOS 11 dan terkini ianya mungkin jarang diketahui. Berikut kami kongsikan cara untuk anda kongsikan sambungan WiFi menggunakan peranti Apple tanpa memerlukan kata laluan. Caranya […]

| Live TV