TECH By: Rosli Ab Rahman January 27, 2019 @ 8:23pm

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Dengan Google Maps

Google Maps (Maps) ternyata adalah satu perkhidmatan yang  memiliki seribu satu kemudahan. Bermula dengan hanya perkhidmatan pemetaan yang dibeli masuk ke Google 2004 dan dilancarkan pada 2005, Maps pada hari ini bukan sekadar digunakan untuk navigasi, malahan untuk tujuan yang lain juga. Apakah 5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Dengan Google Maps?

 

 

1. Navigasi, Periksa Kesesakan Jalan, Dan Lokasi

Maps semakin mendominasi arena pemetaan dan navigasi selepas mereka mengambil alih Waze. Menggunakan data daripada Waze, maklumat keadaan trafik semasa boleh dilampirkan bersama peta. Lebih menarik, terdapat juga maklumat tentang keadaan pasar raya terkenal. Anda boleh mengetahui sama ada tempat itu sesak dengan pengunjung atau tak.

Jika dulu Maps tak mendapat sambutan kerana keperluannya untuk terus berhubung dengan Internet untuk memaparkan peta, kini ia boleh beroperasi walau tiada sambungan Internet. Pengguna hanya perlu memuat turun peta kawasan yang mereka bercadang ingin kunjungi dan mereka tak perlu risau terputus hubungan semasa navigasi.

2. Berkongsi Senarai Tempat Menarik

Makan mana? Satu soalan yang amat sukar dijawab sejak azali. Maps datang membantu dengan fungsi menghasilkan senarai tempat menarik. bila anda melog masuk ke laman MyMaps, anda boleh mewujudkan peta dengan penanda anda sendiri yang boleh dikongsikan dengan orang lain.

Ia amat berguna dalam perancangan percutian lebih-lebih lagi yang melibatkan perjalanan ke luar negara ke tempat yang kita sendiri tak biasa. Maka, jika anda sedang menyediakan tentatif ke Pulau Pinang, cuma import peta ini masuk ke akaun Google anda dan ia akan muncul di Maps.

3. Panggil Grab & Uber

Perkhidmatan ride sharing meletus-letus masa ini bukan sahaja kerana kemudahan yang ditawarkan, bahkan penjimatannya juga kadang-kadang lebih tinggi berbanding menggunakan khidmat kereta sewa tradisional. Penduduk di bandar-bandar besar memang biasa dengan Grab & Uber, tetapi tahukah mereka yang kereta boleh ditempah terus melalui apps Google Maps?

Bukan saja boleh menempah, bahkan maklumat seperti anggaran tambang, tempoh menunggu, dan juga kupon diskaun juga dipaparkan jika ada. Tak seperti Uber, Grap masih tak berintegrasi sepenuhnya ke dalam apps. Jika anda pengguna Grab, ia masih akan melancarkan apps natif Grab.

4. Periksa Maklumat Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam tak kurang pentingnya buat warga kota yang tak mahu tersangkuat dalam kesesakan. Malahan Grab & Uber sendiri tidak dapat lari daripada masalah ini. Jika anda memilih untuk menaiki pengangkutan awam, Google Maps sedia membantu. Mereka juga memiliki maklumat berkaitan seperti waktu pelepasan, ketibaan, dan akan mecadangkan beberapa pilihan laluan yang boleh anda pilih.

Tetapi, di Malaysia, fungsi ini dilihat agak longgar bukan disebabkan apps, tetapi sistem pengangkutan awam kita yang tidak berapa cekap. Penyedia perlu proaktif dan berkongsi dengan Google maklumat operasi mereka agar Maps boleh berkhidmat dengan lancar untuk pengguna di Malaysia. Di luar negara, Perth misalnya, ketepatan maklumat yang dipaparkan Maps amat menakjubkan. Anda boleh merancang perjalanan anda sehalus minit!

5. Menyumbang Untuk Tambah Baik Google Maps

ika anda mendapati Maps sangat berguna, ia bukanlah satu usaha semalaman. Sebaliknya, ia adalah hasil perkongsian semua pengguna tanpa ada sedari. Mungkin ada dalam kalangan anda yang suka berkongsi tips &  komen tentang sesuatu kedai makan yang pernah mereka singgah. Dan semua gambar-gambar yang ada dalam Maps adalah hasil kerja sukarela yang dilakukan pengguna-penggnua Maps sendiri.

Anda juga boleh menyumbang tahu? Pada Maps, anda boleh memilih untuk memasukkan pendapat tentang sesuatu lokasi, memperbetul maklumat seperti nombor telefon, dan juga memuat naik gambar lokasi untuk memudahkan orang lain mencari tempat itu. Tiada ganjaran khusus diberikan Google, tetapi sistem points ada disediakan untuk menghargai usaha anda.

 

Sumber : TheSkop.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 16 Sep 2018

Cara Mengaktifkan Fungsi “Dark” Pada Whatsapp

Jika anda bosan dengan rupa Whatsapp yang sedia ada,cubalah cara ini.

Automobile Mon, 20 May 2019
LIFESTYLE Wed, 18 Sep 2019

Realizing Industry 4.0; Bosch Celebrates Its 100 Years in SEA

Technology, automation and innovation take center stage at Bosch Experience Day 2019.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

CEO Tesla dan SpaceX yang sebelum ini mengarahkan kakitangan syarikat Boring miliknya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sepasukan bola sepak Thailand, Wild Boars dan jurulatih mereka. Sebelum itu, 12 orang dan seorang jurulatih pasukan […]

TECH Thu, 13 Jun 2019

踮脚也看不到?矮个子必备神器「望远型眼镜」秒获得身高180视野

相信许多个子不高的人都曾经遇到过这样的困扰:被前方的人头或物体挡住,没办法看到远方想看的目标……

TECH Sat, 18 Nov 2017

Google Chrome Dan 8 Fungsi Rahsianya Yang Perlu Anda Tahu

Google Chrome adalah aplikasi yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti Firefox, dan Safari.

TECH Thu, 31 Jan 2019

Here’s How You Can Make Your Chinese New Year Even More Memorable Than Ever

Pictures are so old school. Now, it’s all about short-form videos!

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Tue, 15 May 2018

Donald Trump Lantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Tertinggi AI

Donald Trump lantik diri sendiri sebagai Penasihat Tertinggi AI tidak berasa malu kah?

TECH Sat, 16 Dec 2017

Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Qualcomm diramal untuk mengumumkan cip pemproses terbaru, Snapdragon 845 pada bulan Disember ini. Difahamkan lagi cip tersebut akan berkongsi proses pembuatan sama seperti Snapdragon 835, iaitu 10nm FinFET yang mana ia akan membawa sejumlah besar […]

| Live TV