TECH By: SGMS Putri June 23, 2019 @ 9:57am

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

WhatsApp tahun lalu telah sedia menawarkan ciri pelekat untuk menceriakan lagi perbualan pengguna mereka. Tapi anda tahu tak bagaimana untuk menggunakannya. 

Pelbagai jenis pelekat ditawarkan dan tidak cukup dengan itu, platform pemesejan pesaing yakni Telegram, turut menyediakan pelekat khusus untuk pengguna WhatsApp.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup memuaskan hati anda, anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.

Caranya sangat mudah. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Sudah muat turun? Ikuti langkah mudah berikut.

  • Buka aplikasi Background Eraser dan masukkan gambar yang dikehendaki untuk padam latarbelakang.

  • Setelah siap padam latarbelakang, klik Save untuk simpan gambar tersebut.

  • Sesudah itu, buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp dan ia akan mengesan gambar yang anda proses sebentar tadi secara automatik. Sekurang-kurangnya tiga gambar diperlukan ya.

  • Tekan butang Add dan anda kini boleh sertakan pelekat dengan wajah pada perbualan WhatsApp.

 

Senang kan? Ok dah boleh cari gambar-gambar pelik rakan anda dan ceriakan lagi grup WhatsApp yang sunyi itu.

Sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Thu, 12 Jul 2018

Perancangan YouTube Untuk Video-Video Palsu

Masalah mengenai berita-berita palsu dan maklumat-maklumat salah menjejaskan hampir kesemua saluran sosial media. Samada mahu menyebarkan propaganda atau mahu mengambil keuntungan, penghasilan berita palsu ini oleh pihak tertentu secara keseluruhan hanya memburukkan keadaan bagi kebanyakkan […]

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

TECH Tue, 2 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang 2017

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Sun, 4 Aug 2019

Cara Untuk “Reset” Google Chrome

Kepada anda yang mengalami masalah Google Chrome yang sangat perlahan kerana pelbagai Extension tambahan ataupun telah dijangkiti Malware, berikut kami kongsikan  cara untuk kembalikan prestasi Chrome seperti asal. Pertama sekali klik pada menu berikut dan pilih Setting. Seterusnya skrol kebawah dan […]

TECH Wed, 4 Jul 2018

No More Wi-Fi: The New Age Internet Connection is Here

Wi-Fi and routers will soon become junk.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar. Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah […]

TECH Mon, 11 Nov 2019

| Live TV