TECH By: SGMS Putri February 24, 2019 @ 10:32am

Cara Untuk Aktifkan Papan Kekunci Terapung Gboard

Mungkin ada dalam kalangan pengguna Gboard yang belum maklum, aplikasi papan kekunci dari Google itu sudah mempunyai ciri papan kekunci terapung.

Melalui ciri ini, pengguna bebas mengubah kedudukan dan saiz papan kekunci mengikut keperluan penggunaan masing-masing.

Ia boleh didapati pada Gboard versi 7.6 dan keatas. Bagi yang mahu menggunakan ciri itu, ikuti langkah mudah berikut untuk aktifkannya

  1. Pastikan Gboard adalah aplikasi papan kekunci default pada peranti anda
  2. Buka mana-mana aplikasi yang memerlukan Gboard, contohnya seperti buat carian di internet atau SMS.
  3. Tekan pada simbol “G” dibahagian kiri cadangan. Sekiranya papan kekunci tiada simbol “G”, pergi ke tetapan Gboard; Settings > Text Correction, dan pilih Show suggestion strip.
  4. Paparan akan menunjukkan beberapa ciri lain dan tekan pada simbol tiga titik.
  5. Setelah itu akan keluar beberapa tetapan pilihan. Pilih Floating.
  6. Ciri papan kekunci terapung sudah boleh digunakan. Bagi menggerakkanya, sentuh lama pada simbol dibawah dan seret kemana-mana kawasan yang anda mahukan. Untuk mengubah saiz, seret dari penjuru.

Itu sahaja perkongsian untuk mengaktifkan ciri papan kekunci terapung dari Gboard. Boleh kongsikan pada yang lain.

sumer: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Fri, 1 Nov 2019

Selain 15GB Storan Percuma, Ini Kelebihan Menggunakan Google Drive

Google Drive memberi ruang storan kepada anda untuk menyimpan sebarang fail dan ia termasuklah foto, lukisan, reka bentuk, rakaman suara mahupun video dan pelbagai lagi. Anda diberi peluang untuk membawa fail itu ke mana sahaja […]

TECH Tue, 26 Feb 2019

These 5 New Nokia Smartphones Will Bring You a New Kind of Intelligent Experience

Have you ever seen FIVE cameras on ONE single smartphone?

TECH Fri, 16 Nov 2018

Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Smartphone dengan 4 kamera utama mungkin menjadi realiti tidak lama Lagi.

TECH Tue, 5 Dec 2017

Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Hampir setiap peranti pintar menggunakan kabel USB. Kabel USB sememangnya sinonim dengan kita, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang didominasikan oleh pelbagai jenis peranti pintar. Namun tahukah anda terdapat pelbagai jenis kabel USB dengan pelbagai fungsi yang tersendiri […]

Automobile Mon, 26 Feb 2018

Teksi Terbang Uber Menjelang 2020!

Perkhidmatan teksi terbang ni dijangka beroperasi pada tahun 2020.

TECH Thu, 19 Jul 2018

MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

MacBook Pro yang dilancarkan Apple Inc. baru-baru ini telah mendapat naik taraf yang sepatutnya apabila cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 mula digunakan. Dengan tetapan terbaik, pengguna boleh mendapatkannya dengan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed asas 2.9GHz dan storan […]

TECH Tue, 20 Aug 2019

Buang Malware Dari Komputer Windows

5 Cara Ini Mungkin Dapat Membantu Komputer Anda Dari Virus Malware

TECH Tue, 28 Aug 2018

Cara Install Navigation Gesture ala iPhone X di Semua Android

Salah satu contoh system gesture yang ada di iPhone X. Apple menghilangkan tombol home dan mengubah bentuk iPhone X menjadi layar penuh, secara otomatis sistem navigasinya-pun berubah.

TECH Thu, 19 Jul 2018

Lazada Dan Asus Mahu Tebus Kesilapan, Lanjutkan Tawaran RM1

Tempoh hari telah berlangsungnya promosi RM 1 Frenzy yang mana pengguna boleh membeli 2 peranti terpilih pada hanya RM 1 sahaja. Namun promosi yang dijalankan oleh Asus Malaysia serta Lazada itu mendapat kritikan hebat daripada peminat kerana berlakunya kesilapan […]

| Live TV