TECH By: SGMS Putri December 13, 2018 @ 11:00am

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Sejak awal pembelajaran terutama di tadika, kita sudah didedahkan dengan subjek lukisan.
 
Siapa boleh lupa lukisan pemandangan yang mempunyai gunung, rumah, matahari dan burung yang menjadi kebiasaan ketika zaman kanak-kanak. Tidak ketinggalan lukisan orang lidi.
 
Bagaimanapun, itu hanya permulaan bagi memupuk minat dalam melukis. Saban tahun kita pula didedahkan dengan teknik lukisan yang lebih menarik dan kreatif.
 
Ketika di sekolah rendah, boleh dikatakan pensil warna jenama Luna dan Faber Castell pastinya menjadi dambaan semua murid sebelum beralih kepada jenama Buncho.
 
Semua itu kenangan yang pasti tidak boleh dilupakan ketika di zaman persekolahan. Mungkin ada yang masih meneruskan minat berkenaan, tidak kurang juga ada yang melakukan aktiviti melukis ini ketika di masa lapang.
 
Namun, pada zaman teknologi yang bergantung hampir sepenuhnya kepada telefon pintar dan tablet, terdapat banyak aplikasi yang sangat sesuai untuk mengembalikan minat berkenaan.
 
Bagi anda yang tidak mahu mensia-siakan bakat terpendam itu, Rojak Daily Skop! senaraikan tiga aplikasi yang patut anda cuba:
 
1. ADOBE ILLUSTRATOR DRAW
 

Aplikasi melukis di bawah 'keluarga' Adobe.

PIC: GOOGLE PLAY STORE

Aplikasi melukis di bawah ‘keluarga’ Adobe.

Terdapat dua aplikasi melukis di bawah Adobe iaitu Illustrator Draw dan Photoshop Sketch.
 
Bagaimanapun, Illustrator Draw lebih sesuai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih menyeluruh termasuk penggunaan layer dan pilihan pen sebanyak lima jenis dengan ciri boleh laras pada setiapnya.
 
Malah, anda boleh zum hingga 64 kali untuk melukis secara terperinci.
 
Apa yang menariknya aplikasi ini, ia juga boleh dibawa masuk ke komputer anda untuk disunting menggunakan perisian Adobe lain. Kemudahan ini membolehkan anda mencipta lukisan yang lebih hebat!

2. ART FLOW
 

Antara aplikasi yang menyediakan banyak variasi berus.

PIC: CAFEBAZAAR

Antara aplikasi yang menyediakan banyak variasi berus.

Aplikasi ini berbayar tetapi fungsinya mungkin membuatkan anda terpaku seketika. Hanya menggunakan aplikasi ini, anda mempunyai 70 jenis berus untuk menghasilkan lukisan yang lebih terperinci!
 
Nampaknya aplikasi ini bukan biasa-biasa. Bagi ciri lapisan pula, ia membenarkan pelukis mencipta sehingga lapan lukisan bergantung kepada kemampuan atau jenis peranti yang digunakan.
 
Anda kemudian boleh mengeksport hasil berkenaan kepada format JPEG, PNG atau PSD untuk dibawa masuk kepada Adobe Photoshop.
 
Jika anda menggunakan peranti jenama Nvidia, anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan pen Nvidia Direct Stylus yang bakal membuatkan lukisan anda lebih mudah dan sempurna.

3. LEARN HOW TO DRAW
 

Aplikasi buat yang baru mengasah bakat.

PIC: GOOGLE PLAY STORE

Aplikasi buat yang baru mengasah bakat.

Jika anda merasakan anda tidak mempunyai bakat tetapi masih berminat untuk melukis, aplikasi ini adalah yang paling tepat untuk memulakan perjalanan sebagai pelukis.
 
Aplikasi ini akan mengajar anda cara terbaik untuk melukis daripada perkara asas sehinggalah kepada professional.
 
Bagaimanapun, disebabkan aplikasi ini dihasilkan oleh pelukis komik terkenal Will Sliney, anda mungkin melihat kebanyakan gaya lukisan ini lebih menjuruskan kepada gaya komik.
 
Setiap minggu aplikasi ini akan mengeluarkan tutorial yang berbeza, jadi ia amat sesuai untuk mengasah bakat anda.
 
Anda boleh muat turun di Play Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Events Thu, 16 Apr 2020
TECH Sun, 25 Feb 2018

7 Things You Need To Know About Brand New Samsung Galaxy S9 and S9+

Samsung Galaxy S9 and S9+ will launch really soon and there are so many amazing features you need to check out.

LIFESTYLE Mon, 31 Dec 2018

Hilton Hotel Inn Expands!

Hilton Garden Inn, Hilton’s (NYSE: HLT) award-winning, focused service brand of hotels welcomed media during a media event announcing the opening of its third hotel in Malaysia, Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South, […]

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Apakah Hukum Aurat Anak Angkat Hael Husaini?

Umum mengetahui tentang penyanyi terkenal, Hael Husaini mempunyai seorang anak angkat yang comel, Helena. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan Helena??

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Sun, 23 Sep 2018

5 Tips Gmail yang Belum Diketahui Banyak Pengguna

Harus diakui, Gmail adalah salah satu aplikasi yang banyak digunakan pengguna smartphone berbasis Android. Dibuat oleh Google dan memudahkan kita untuk berkirim e-mail, aplikasi ini juga menawarkan banyak kenyamanan.

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Selepas Goo Hara, Sulli… Cha In Ha Ditemui Mati

Mendiang juga pernah berlakon dalam drama antaranya Temperature Of Love, Wok Of Love, Clean With Passion For Now dan The Banker.

| Live TV