Fab Foodies! By: SGMS Enal October 11, 2018 @ 8:48am

Makan Papadom, Sekeping Bersamaan 857mg Garam

Garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil. Garam juga dikenali sebagai Natrium Klorida dengan menggunakan simbol NaCl.

Sodium (nama lain bagi natrium) pula adalah mineral yang terkandung dalam garam. 1 sudu teh garam (5g) adalah bersamaan dengan 2000mg sodium (NCCFN, 2010).

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko :

  • tekanan darah tinggi
  • penyakit kardiovaskular.

Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, anda perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

Garam tersembunyi, di mana ?

Tahukah anda di mana garam boleh didapati selain garam masakan?

Sebenarnya, garam atau sodium boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Selain garam masakan (natrium klorida), garam juga boleh didapati dalam bahan pengawet dalam bentuk sodium nitrat dan sodium benzoat.

Antara makanan yang menggunakan bahan pengawet termasuklah :

  • marjerin
  • jeruk
  • jeli
  • mee kuning
  • kicap
  • jem
  • cili boh
  • minuman ringan.

Sodium juga boleh didapati dalam roti dan pastri. Ini berpunca daripada penggunaan serbuk penaik yang juga dikenali sebagai sodium bikarbonat.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Sebagai contoh, seseorang yang gemar makan roti putih bersama kacang panggang mungkin akan mengambil lebih tinggi sodium berbanding orang yang gemar makan telur asin. Disebabkan garam tersembunyi tidak memberi rasa masin, kebanyakan orang cenderung untuk mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak. Ini menyebabkan jumlah kumulatif sodium dalam diet hariannya menjadi lebih tinggi. Oleh itu, anda perlu mengawasi pengambilan makanan-makanan yang mempunyai garam tersembunyi.

Kandungan sodium dalam beberapa contoh makanan

MAKANAN KANDUNGAN GARAM GAMBAR
1 keping biskut krim kraker
(9g)
10mg
1 keping roti putih
(19g)
64mg
1 keping roti bijirin penuh
(25g)
78mg
10 ekor ikan bilis tanpa kepala
(3g)
116mg
1 biji burger daging
(125g)
240mg
5 keping kecil keropok ikan
(33g)
241mg
1 biji telur masin
(97g)
249mg
1 keping keju
(18g)
261mg
½ cawan kacang panggang
(119g)
365mg
1 keping ikan masin
(25g)
433mg
1 sudu besar kicap pekat
(20g)
564mg
1 biji hotdog
(82g)
647mg
1 keping papadom
(60g)
857mg

Tips memilih/menyediakan makanan rendah sodium

Bagi anda yang ingin mengurangkan pengambilan garam, berikut disenaraikan tip-tip untuk memilih dan menyediakan makanan rendah sodium :

1. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan termasuklah perisa tambahan seperti :

  • monosodium glutamat (MSG)
  • sos, seperti :
    • kicap
    • sos tiram
    • sos tomato
    • kiub perisa.

2. Elakkan juga menambah/menabur garam semasa makan. Nikmati rasa asli makanan tanpa tambahan garam.

3. Untuk meningkatkan rasa makanan, gunakan rempah ratus sebagai perencah asli dalam masakan seperti :

  • bawang
  • rempah kari
  • lada putih
  • serai
  • cuka
  • lemon.

4. Hadkan kekerapan mengambil makanan segera.

  • Makanan segera seperti berikut adalah tinggi kandungan garam :
    • kentang goreng
    • nugget
    • burger
    • pizza
    • mee segera
    • sup segera
    • keropok lekor
    • keropok ikan/udang.

5. Kurangkan kekerapan makan di luar.

  • Makanan di kedai kebiasaannya lebih masin dan banyak menggunakan MSG dan pelbagai sos yang tinggi kandungan garam.
  • Sekiranya anda makan di luar rumah, minta hidangan disediakan menggunakan kurang garam dan tanpa MSG.

6. Kurangkan pengambilan makanan yang diasinkan atau dijeruk seperti :

  • telur asin
  • ikan masin
  • jeruk sayuran (seperti lobak jeruk dan taucu).

7. Kurangkan mengambil bahan-bahan berikut sebagai pencicah :

  • sambal belacan
  • sambal kicap
  • sos
  • cincaluk
  • budu.

8. Pilih bijirin sarapan pagi yang rendah kandungan sodium.

9. Kurangkan mengambil snek yang tinggi perisa tambahan seperti :

  • kerepek kentang
  • keropok ikan
  • snek kacang bergaram.

 

10. Kurangkan mengambil makanan terproses seperti :

  • bebola ikan
  • bebola daging
  • sosej
  • kek ikan
  • daging burger
  • nugget
  • ham.

       Adalah lebih baik mengambil makanan yang dibuat sendiri di rumah.

11. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran SEGAR. Elakkan mengambil buah atau sayur yang telah dijeruk, diawet atau diproses.

12. Kurangkan juga penggunaan mayonis dan salad dressing dalam salad sayur-sayuran atau buah-buahan.

13. Elakkan memakan buah-buahan segar dengan garam atau serbuk asam.

14. Rendam makanan kering seperti ikan bilis, ikan masin atau udang kering untuk mengurangkan kandungan garam.

15. Sejatkan air dan bila sterlebih dahulu makanan dalam tin seperti kacang pis untuk membuang garam berlebihan.

  • Kebanyakan makanan dalam tin mempunyai garam yang tinggi untuk membuatnya tahan lebih lama.

16. Buat perbandingan antara produk yang ingin dibeli dan pilih yang kurang atau rendah kandungan garam.

  • Periksa kandungan garam pada Panel Maklumat Pemakanan berdasarkan 100g (atau 100ml) produk :
AKUAN NUTRISI
(NUTRITION CLAIMS)
KANDUNGAN SODIUM
Rendah garam 0.12g
Sangat rendah garam 0.04g
Bebas garam 0.005g

Sumber : Guide To Nutrition Labelling And Claims,
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010

17. Baca semua senarai ramuan pada label pemakanan yang mengandungi sodium termasuklah :

  • monosodium glutamat (MSG)
  • sodium nitrat.
  • sodium benzoat.

      Sodium nitrat dan sodium benzoat terdapat dalam bahan pengawet makanan.

Sumber : Malaysian Dietary Guideline, National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN), Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010.

Saranan pengambilan garam : Berapa banyak boleh diambil ?

A. Saranan Pengambilan Garam Untuk Orang Dewasa

< 1 sudu teh sehari ? 5g garam ? 2000mg sodium

Terbitan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Guideline : Sodium Intake for Adults and Children, WHO 2012 menyatakan orang dewasa disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 1 sudu teh garam  sehari, bersamaan dengan 5g garam atau 2000mg sodium. Jumlah ini merangkumi sodium yang terdapat secara semulajadi dalam makanan dan juga yang ditambah semasa pemprosesan atau memasak makanan.


Gambar : 1 sudu teh garam.

Walau bagaimanapun, purata kadar pengambilan sodium dalam kalangan rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas adalah 2575mg sehari (Mirnalini et al., 2008).

B. Saranan Pengambilan Garam Untuk Bayi dan Kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak perlu mengambil kurang garam berbanding orang dewasa.

  • Ini adalah kerana buah pinggang mereka masih tidak cukup matang untuk memproses jumlah garam yang berlebihan.

Sekiranya seseorang bayi itu menyusu susu badan ibunya, bayi tersebut akan mendapat jumlah garam yang mencukupi daripada susu ibu.

  • Elakkan menambah garam pada makanan bayi.
  • Elakkan memberi makanan yang bukan dikhaskan untuk bayi kerana kebiasaannya kandungan garamnya adalah tinggi.

Saranan pengambilan garam untuk bayi dan kanak-kanak mengikut umur

UMUR SARANAN PENGAMBILAN GARAM
Kurang 1 tahun Kurang daripada 1g sehari (400 mg sodium)
1-3 tahun 2g garam sehari (800 mg sodium)
4-6 tahun 3g garam sehari (1200 mg sodium)
7-10 tahun 5g garam sehari (2000 mg sodium)
11 tahun ke atas 6g garam (2400 mg sodium)

Sumber : Myhealth KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 2 May 2018

15个「原本以为超爽」的观光胜地超中肯对比图

旅游是个很适合人放松身心、好好沉淀的休息方式,不过大家肯定有到了旅游景点后大感失望的经验吧?

LIFESTYLE Sun, 8 Apr 2018

3 Sebab Jangan Makan Ubi Kentang Bertunas

Lebih baik mencegah dari merawat dan tidak perlu kita makan makanan yang boleh mendatangkan kesakitan seperti ubi kentang bertunas

Fab Foodies! Sun, 17 Jun 2018

端午吃粽「这5种人」别放纵!

端午节即将到来,粽子也是这个时节不可缺少的美食之一。但有消化道问题或慢性疾病者,吃粽时可要多加留意,切勿过量食用。

Fab Foodies! Wed, 5 Feb 2020

2月14日来个「Pork Free」约会!盘点雪隆区5家浪漫餐厅

身在多元种族的我们,相信有部分「异族恋」又或不吃猪肉的朋友,还在为选餐厅而头痛着……

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

Biar Betul, Hand Sanitizer Sebenarnya Berbahaya!

Ini keburukan sebenar penggunaan hand sanitizer anda!

Fab Foodies! Mon, 29 Jul 2019

Chatime Says “It’s Never Too Late” to Join in the Brown Sugar Boba Hype

Just when you thought you’ve tasted it all, guess NOT!

Fab Foodies! Sat, 17 Feb 2018

CAN YOU HANDLE THE HEAT? HERE’S THE 10 SPICIEST KOREAN RAMEN

Korean food has been all the rage lately but can you handle the heat of these 10 noodles?

Fab Foodies! Wed, 15 May 2019

Biar Betul! Buffet Best Ramadhan 2019 Paling Murah Di Dorsett Grand Subang

Serius la Buffet Ramadhan kat Dorsett Grand Subang serendah RM 99! Jom serbu!

LIFESTYLE Tue, 17 Jul 2018

Elakkan Pasangan Terlalu Tua

mari kita lihat bersama sebab utama perlu elakkan perbezaan umur ketara dengan pasangan

| Live TV