Trending By: Yanie Baharom March 29, 2018 @ 11:59am

Tinggalkan Dunia Perguruan, Wanita Ini Tampil Dengan Teknik Solekan Yang Luar Biasa

Bergelumang di dalam dunia pendidikan sebagai guru ternyata bukan kemahuan hati wanita berasal dari Vancouver, Kanada ini. 

Akhirnya dia mengambil keputusan melepaskan kerjayanya untuk mengejar cita-cita sebenar.

Foto Kredit : Instagram Mimi Choi @mimles

Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi

Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.

Foto Kredit : Instagram Mimi Choi @mimles

“Jujur saya menikmati waktu-waktu mengajar bersama anak-anak. Namun dengan menjadi guru saya merasa kreativiti agak terbatas. Saya tidak akan berasa bahagia dan mempersiakan bakat yang saya ada sekiranya tidak memanfaatkan kebolehan dengan berhijrah ke bidang baru.

“Sesudah berhenti kerja sebagai guru, saya akhirnya kerap melakukan eksperimentasi solekan dengan menggunakan teknik ilusi.

Foto Kredit : Instagram Mimi Choi @mimles

“Semua hasil karya saya dikongsikan di laman sosial seperti Instagram dan Facebook yang menggunakan nama @mimles. Tanpa disangka-sangka, ramai yang menyukai karya saya sehingga memperlihatkan peningkatan jumlah pengikut dari masa ke semasa. Di mana jumlah terkini adalah 642,000,” katanya.  

Merupakan lulusan sekolah kecantikan, Mimi sebelum ini sudah memiliki pengalaman menyolek pengantin. Malah, akuinya hal itu dilakukannya dengan sangat baik.

Foto Kredit : Instagram Mimi Choi @mimles

Pun begitu, keputusannya berhenti menjadi guru bukan untuk menjadi jurusolek pengantin semata-mata bahkan merasakan harus menambah baik kemampuannya dalam solekan.

“Awalnya saya terfikir untuk melakukan hal yang berbeza bagi meraikan Halloween. Saya melihat-lihat foto di Instagram dan menemukan foto perempuan yang wajahnya seolah-olah pecah,” katanya.

.Foto Kredit : Instagram Mimi Choi @mimles

Teruja dengan cara merias wajah seperti di foto yang baru saja dilihatnya, Mimi mencuba solekan yang sama dan menjadikan wajahnya sendiri sebagai kanvas.

Caranya, Mimi mempelajari teori perspektif, dia seolah-olah membuat lukisan tiga dimensi di permukaan rata. Kini, Mimi dengan lancar dapat melukis wajahnya seolah tampak pecah atau berlapis-lapis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Apr 2018

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Namun menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun. Aik, mana satu yang betul ni?

Trending Tue, 11 Jun 2019

不是突变!天然「蓝蕉​​」世界罕见

你也许看过黄香蕉、绿香蕉、短短的芭蕉,但是你有看过「蓝色香蕉」吗?

Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Trending Tue, 27 Nov 2018

Melamar Di Stadium BUKAN Gimik, Lelaki Gentleman Ini Dedah Cerita Sebenar

Mula-mula saya pun takut nak melamar di stadium maklum saja bimbang penerimaan penonton…

Trending Fri, 17 Aug 2018

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

Trending Mon, 1 Jan 2018

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan, Lima Tahun Menunggu Zuriat

Trending Wed, 14 Nov 2018

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Gambar pasport adalah pengenalan diri individu, jika ingin membuat pembedahan plastik diluar negeri, sila fikir dahulu ye

Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Trending Tue, 27 Mar 2018

Gemar Tenung Skrin Gajet? Baca ini…

Pada tahun lalu, data menunjukkan 6.3 peratus pelajar Tahun Satu mempunyai masalah penglihatan, manakala 4.1 peratus bagi pelajar Tahun Enam dan 2.7 peratus bagi pelajar Tingkatan Tiga, setelah diperiksa melalui perkhidmatan kesihatan sekolah.

| Live TV